Nasional

PKP2.0 mungkin dilaksana Rabu ini jika dikuatkuasakan

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 mungkin akan dilaksanakan bermula Rabu (13 Januari)  ini jika dikuatkuasakan.

Pelaksanaan PKP2.0 dikatakan bertujuan untuk membendung penularan Covid-19 susulan kerisauan dizahirkan ramai pihak ekoran angka kematian yang tinggi dicatat dalam tempoh dua minggu pertama 2021.

Walau bagaimanapun, kerajaan dikatakan tidak akan melaksanakan PKP2.0 secara tergesa-gesa malam ini, seperti yang didakwa ramai pihak menerusi maklumat tular dalam media sosial.

Ini kerana, kerajaan dan pihak penggiat industri menyusun langkah perlu sekiranya PKP2.0 dilaksana bagi memastikan penguatkuasaan tidak memberi kesan besar kepada operasi industri.

“Rabu, beri masa pihak industri susun langkah perlu.”

Demikian kata Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Adham Baba dalam perkembangan terbaharu mengenai jangkaan pelaksanaan PKP2.0.

Beliau berkata demikian menjelaskan PKP2.0 tidak akan dilaksanakan secara tergesa-gesa bermula tengah malam ini sehingga 25 Januari 2021.

Bagaimanapun, orang ramai dinasihat tidak menyebarkan sebarang spekulasi mengenai pelaksanaan PKP2.0 dan menunggu sebarang pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengenai perkembangan kawalan pandemik Covid-19 akan dibuat pada malam ini.

Ramai beranggapan, beliau akan mengumumkan pelaksanaan PKP2.0 bagi membendung penularan Covid-19 yang mencatatkan kes baharu lebih tinggi berbanding gelombang pertama pada Mac 2020.

Perkara itu dimaklumkan Dr. Adham mengulas beberapa mesej tular mengenai pengumuman Perdana Menteri dan pelaksanaan PKP2.0 dalam media sosial dan aplikasi WhatsApp. – SM

(Visited 1,815 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button