Politik

PKP2.0? Elok mulakan sekolah selepas Tahun Baharu Cina

TIDAK wajar pelajar perlu hadir ke sekolah selama 11 hari sebelum cuti Tahun Baharu Cina bermula pada 11 Februari 2021 sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan.

Tindakan tersebut adalah tidak praktikal untuk sesi pembelajaran dan Kementerian Pendidikan sewajarnya menangguhkan pembukaan sekolah pada 21 atau 22 Februari.

Hal demikian terdapat khabar angin kuat mengatakan kerajaan akan melaksanakan PKP2.0 pada 12 hingga 25 Januari ekoran catatan kes bahari Koronavirus (Covid-19) terlalu tinggi.

Keadaan itu juga amat membimbangkan sekiranya sekolah kembali dibuka dikuatiri meningkatkan risiko penularan dalam kalangan pelajar dan kakitangan sekolah.

“Jika benar bahawa PM8 akan umum PKP 2.0 bersasar yang amat ketat selama dua minggu bermula 12 Januari untuk 5 negeri dan 3 wilayah seperti dilapor media, maka tempoh PKP ini akan berakhir pada 25 Januari.


“Tapi sesi sekolah tahun 2021 diumum bermula pada 20 Januari 2021.

“Ini bermakna murid-murid sekolah hanya dibenarkan hadir ke sekolah pada 26 Januari iaitu selepas PKP 2.0 fasa pertama berakhir pada hari sebelumnya.

“Jika PKP 2.0 tidak dilanjutkan maka pelajar boleh menghadiri 11 hari sekolah berturut-turut sebelum cuti tahun baru bermula.”

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan permulaan sekolah pada 20 atau 25 Januari adalah tidak praktikal.

Beliau juga menerangkan, PKP2.0 jika dilaksana akan memendekkan tempoh persekolahan awal tahun.

Malah, momentum pembelajaran pelajar juga mungkin tidak sebaik sebelum ini kerana tempoh bersekolah sehingga cuti adalah terlalu pendek.

“Sebaliknya, jika PKP 2.0 dijanjutkan dua minggu lagi sehingga 8 Februari maka murid-murid hanya dibenarkan hadir ke sekolah pada 9 Februari dan 10 Februari sahaja sebelum sekolah direhat sekali lagi untuk cuti Tahun Baru Cina.

“Jika demikian, adakah wajar untuk sesi sekolah bagi negeri-negeri dalam zon merah yang bakal dilaksanakan PKP untuk terus bermula pada 20 Januari?

“Ataupun lebih praktikal sekolah dijadualkan semula untuk hanya bermula selepas cuti Tahun Baharu Cina?” soal Najib Razak.

Untuk makluman, gambar dan mesej mengenai pelaksanaan PKP2.0 tular dalam media sosial dan aplikasi WhatsAPP.

Menurut mesej tular itu, PKP2.0 didakwa akan dilaksana di kawasan-kawasan zon merah bermula tengah malam 12 Januari ini (Selasa) sehingga tengah malam 25 Januari (Isnin).

Bagaimanapun, dalam sidang akhbar Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan kerajaan akan melaksanakan PKP2.0. – SM

(Visited 925 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button