Luar Negara

Varian Omicron merebak ke Kanada

KANADA telah mengesan kes pertama varian Omicron dalam dua orang yang telah mengembara ke Nigeria baru-baru ini pada semalam.

Menurut laporan media, kedua-dua pesakit tersebut berada dalam pengasingan sementara pihak berkuasa kesihatan awam sedang mengesan kontak rapat mereka.

Menteri Kesihatan, Jean-Yves Duclos menyatakan dalam satu kenyataan dia dimaklumkan hari ini oleh Agensi Kesihatan Awam Kanada bahawa ujian dan pemantauan kes Covid-19 telah mengesahkan dua kes varian Omicron yang membimbangkan di Ontario.

“Memandangkan pemantauan dan ujian berterusan, dijangkakan bahawa kes lain varian ini akan ditemui di Kanada,” katanya.

Kerajaan Ontario mengesahkan bahawa kedua-dua kes itu dikesan di ibu negara, Ottawa.

World Health Organization (WHO) telah menyenaraikan Omicron sebagai ‘Variant of concern’ manakala negara-negara di seluruh dunia kini mengehadkan perjalanan dari Afrika Selatan di mana strain itu mula-mula dikesan serta mengambil langkah berjaga-jaga baharu yang lain.

WHO berkata mungkin mengambil masa selama beberapa minggu untuk mengetahui sama ada terdapat perubahan ketara dalam kebolehjangkitan dan kesan varian itu terhadap vaksin, ujian dan rawatan Covid-19.

Pada hari Jumaat, Kanada melarang perjalanan dari tujuh negara Afrika kerana kebimbangan mengenai penyebaran strain Omicron kecuali negara Nigeria. – SM

(Visited 405 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button