Nasional

PKP: Syarikat perlu mohon semula surat kebenaran perjalanan

SEMUA surat kebenaran perjalanan bagi sektor perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi oleh kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah terbatal mulai esok.

Sektor yang dibenarkan untuk beroperasi perlu memohon semula surat kebenaran untuk bergerak selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Pertama ini.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataan berkata, permohonan boleh dibuat melalui portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.

Portal terbabit diselaraskan oleh MITI dan melibatkan semua Kementerian yang mengawal selia 17 sektor perkhidmatan perlu yang telah dibenarkan beroperasi.

“Sidang Khas MKN yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini memutuskan supaya sebuah pusat sehenti yang diselaraskan oleh MITI diwujudkan untuk mengeluarkan surat kebenaran beroperasi bagi
sektor perkhidmatan perlu setelah mendapat pengesahan daripada kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor berkenaan.


“Sehubungan itu, permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan untuk bekerja perlu dikemukakan semula melalui portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diselaraskan oleh MITI dan melibatkan semua Kementerian yang mengawal selia 17 sektor perkhidmatan perlu yang telah dibenarkan beroperasi,” katanya.-SM

(Visited 69 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button