Nasional

PKP sambung hingga 28 Jun

Kerajaan hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjut selama dua minggu lagi.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKP 3.0 disambung untuk tempoh dua minggu berkuat kuasa pada 15 Jun sehingga 28 Jun 2021.

Keputusan ini dibuat katanya setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871.

”Senarai positif/negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini,” kata Menteri Pertahanan itu dalam kenyataan petang ini.

Mengenai senarai tersebut, boleh dirujuk kepada laman sesawang kementerian berkaitan dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my.

Memandangkan semua senarai positif/negatif dan SOP adalah sama seperti sebelum ini, maka Ismail Sabri berharap tiada lagi kekeliruan dalam pelaksanaan penguatkuasaan SOP.

“Saya tidak mahu rakyat terkesan dengan salah tafsiran berhubung SOP
di lapangan oleh penguat kuasa,” katanya.

PKPD Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

Dalam tempoh seminggu, KKM mendapati berlaku peningkatan kes apabila sebanyak 18 kes positif dilaporkan hasil saringan ke atas 208 penghuni universiti tersebut.

KKM juga mendapati, berlaku penularan kes dalam kalangan pelajar dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampus UUM, Sintok, Kedah berkuat kuasa 13 Jun sehingga 26 Jun 2021.

Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan keluar masuk bagi memastikan tiada penyebaran jangkitan keluar ke kampus serta memudahkan KKM membuat pemantauan ke atas pelajar sedang menjalani kuarantin.

PKPD Kampung Kadazan, Tawau, Sabah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Kampung Kadazan, Tawau, Sabah.

Sehingga kini, berlaku peningkatan kes dalam tempoh seminggu apabila sebanyak 14 kes positif COVID-19 telah dilaporkan hasil daripada 45 ujian saringan yang dilakukan oleh KKM dengan kadar positiviti 31.11%.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Kadazan, Tawau, Sabah berkuat kuasa 13 Jun sehingga 26 Jun 2021.

Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

PKPD 2 perkampungan dalam daerah Kota Kinabalu, Sabah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 melibatkan dua (2) perkampungan dalam daerah Kota Kinabalu, Sabah iaitu:
 Kampung Lobou 1
 Kampung Bukit Permai

KKM mendapati berlaku peningkatan kes yang ketara apabila sebanyak 15 kes telah dikesan hasil daripada 20 ujian saringan dijalankan di kedua-dua perkampungan ini.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua perkampungan seperti dinyatakan berkuat kuasa 13 Jun sehingga 26 Jun 2021.

Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan
jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.
PKPD Taman Villa Felca Nambazan, Penampang, Sabah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Taman Villa Felca Nambazan, Penampang, Sabah.

KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut apabila sebanyak 8 kes positif telah direkodkan dalam tempoh satu minggu.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Villa Felca Nambazan, Penampang, Sabah berkuat kuasa 13 Jun sehingga 26 Jun 2021.

Pelaksanaan PKPD ini memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk yang terlibat dan untuk mengekang penularan COVID-19 ke komuniti luar.

SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN
di www.mkn.gov.my

Penamatan PKPD di 19 daripada 21 Mukim dalam daerah Kuala
Terengganu, Terengganu Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 21 Mukim dalam daerah Kuala Terengganu, Terengganu yang dijadualkan tamat pada 12 Jun 2021.

Sepanjang tempoh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan 461 kes positif COVID-19 di semua mukim dan pada masa sama, terdapat penurunan kes kecuali melibatkan dua mukim iaitu Mukim Bukit Besar dan Mukim Serada.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di 19 Mukim pada 12 Jun 2021 kecuali dua (2) mukim iaitu Mukim Bukit Besar dan Mukim Serada dilanjutkan bermula 13 Jun sehingga 26 Jun 2021.

Keputusan melanjutkan PKPD di Mukim Bukit Besar dan Mukim Serada dibuat setelah KKM mendapati masih terdapat peningkatan ketara yang kes di kedua-dua mukim tersebut hasil daripada saringan bersasar.

Penamatan PKPD 3 taman perumahan di Sabak Bernam, Selangor
Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga (3) taman perumahan dalam daerah Sabak Bernam, Selangor yang dijadualkan tamat pada 12 Jun 2021.
Ketiga-tiga taman tersebut ialah:
 Taman Pertama
 Taman Serendah
 Taman Prima

Secara kumulatifnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 5,206 saringan di ketiga-tiga lokaliti tersebut dan 164 daripadanya dilaporkan positif COVID-19.

Pada masa sama, KKM mendapati kes telah menurun dan kluster adalah
terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di tiga taman perumahan dinyatakan pada 12 Jun 2021 (bermula jam 11.59 malam), seperti yang dijadualkan.

Penamatan PKPD 4 Rumah Panjang Ulu Sungai Sebakong dan Sungai Duan, Mukah, Sarawak.

Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) empat (4) Rumah Panjang di Ulu Sungai Sebakong iaitu Rumah Panjang Rimong anak Kilat, Rumah Panjang Asin anak Aji dan Rumah Panjang Bija anak Unggang yang dijadualkan tamat pada 13 Jun 2021.

Manakala PKPD di Rumah Panjang Undum anak Anchih, Sungai Duan dijadualkan tamat pada 16 Jun 2021.

Ketika ini, KKM telah melakukan 90 ujian saringan di Rumah Panjang Rimong anak Kilat, Rumah Panjang Asin anak Aji dan Rumah Panjang Bija anak Unggang dan 43 daripadanya disahkan positif.

Sebanyak 56 ujian saringan turut dilaksanakan di Rumah Panjang Undum anak Anchih dan 13 daripadanya positif COVID-19.

KKM juga mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di empat rumah panjang dinyatakan, pada 12 Jun 2021 (bermula jam 11.59 malam), lebih awal daripada yang dijadualkan.

Penamatan PKPD Taman Sinar Harapan, Tampoi, Johor Bahru,
Johor. Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Sinar Harapan, Tampoi, Johor Bahru, Johor yang dijadualkan tamat pada 12 Jun 2021.

Sehingga kini, KKM telah melakukan 125 saringan dan 110 daripadanya disahkan positif COVID-19.

KKM juga mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Taman Sinar Harapan, Tampoi, Johor Bahru, Johor pada 12 Jun 2021 (bermula jam 11.59 malam), seperti yang dijadualkan.
Penamatan PKPD 3 lokaliti di Tawau, Sabah.

Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga (3) lokaliti di Tawau, Sabah yang dijadualkan tamat pada 12 Jun 2021.
Lokaliti terbabit ialah:
 Kampung Pasir Putih Blok B
 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Balung
 Kampung Baru Pasir Putih

Sepanjang tempoh itu, KKM telah melakukan 3,109 ujian saringan dan 120 daripadanya disahkan positif COVID-19.

KKM juga mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di tiga lokaliti dinyatakan pada 12 Jun 2021 (bermula jam 11.59 malam), seperti yang dijadualkan.

Task Force Operasi Pematuhan
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 91,408 pemeriksaan semalam.
Ia melibatkan 4,760 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 20,018 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semalam, 828 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 759 individu dikompaun, 68 direman manakala seorang lagi dijamin.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
 Tidak memakai pelitup muka (162)
 Individu gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (150)
 Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan di premis (134)
 Tiada penjarakan fizikal (103)
 Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (86)
 Membawa penumpang berlebihan (85)
 Premis gagal patuhi arahan (10)
 Lain-lain (98)

Kawalan Sempadan Negara
Operasi BENTENG (Op BENTENG) semalam telah menangkap 28 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Dalam operasi itu, sebanyak 169 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui 10 aktiviti penglihatan.
Op BENTENG melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 803 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam iaitu:
Op PENAWAR (ATM, PDRM dan RELA) Op BENTENG PDRM
Op BENTENG AKSEM
Operasi Sanitasi Awam
– 751 SJR – 43 SJR – 9 SJR

Semalam, sebanyak 124 operasi sanitasi meliputi 69 zon merah dan zon kuning (3) telah dilaksanakan di seluruh negara.
Operasi sanitasi ini melibatkan 866 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 189 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta 189 buah jentera JBPM.

Secara kumulatifnya, sebanyak 27,203 operasi sanitasi merangkumi 157 zon dilakukan sejak 30 Mac 2020. Operasi sanitasi melibatkan pusat perniagaan, kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), tempat awam, pasaraya dan bangunan kerajaan.

Kuarantin Wajib
Semalam, seramai 515 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.
Secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 223,943 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 76 hotel dan 11 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 8,532 individu telah dikuarantin dan 212,791 orang dibenarkan pulang manakala 2,620 lagi dibawa ke hospital.

Barang Keperluan Asas
Pemantauan serta pemeriksaan oleh anggota Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi.

Semalam, KPDNHEP telah membuat 771 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan terdiri daripada peruncit (580), pemborong (160) dan pengilang (31).

KPDNHEP juga telah melakukan 1,676 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, 1,658 premis mematuhi SOP manakala 18 lagi dikompaun.

Saringan Wajib Pekerja Warga Asing
Semalam, seramai 111 warga asing telah menjalani ujian saringan dan seorang dilaporkan positif COVID-19.

Secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 698,864 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 36,220 majikan.

Daripada jumlah itu, seramai 10,350 orang telah disahkan positif COVID- 19 manakala 688,514 lagi adalah negatif. Sehingga kini, sebanyak 1,544 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini.

Seperti yang telah diumumkan, ujian saringan COVID-19 adalah diwajibkan kepada semua pekerja warga asing mulai 1 Februari 2021.

Amalkan “Lockdown” kendiri. Kekal di rumah dan amalkan gaya hidup sihat bersama keluarga dalam lingkungan kawasan rumah sendiri.

(Visited 384 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button