Hiburan

Kenyataan bongkak Hilary Duff yang positif Covid-19

BERLAGAK dan sombong bunyi kenyataan artis Hollywood, Hilary Duff yang mengatakan dia tidak takut dijangkiti varian Delta pandemik Covid-19, baru-baru ini.

Sememangnya Duff disahkan positif Covid-19 dan kemungkinan kenyataannya itu bagi memujuk dirinya untuk menerima kenyataan secara positif.

Menerusi pengakuannya di media sosial, Duff turut mendakwa yang dia dijangkiti virus varian Delta. Virus ini didakwa sebagai salah satu varian yang boleh merepak pantas iaitu dalam tempoh 15 saat.

“Varian Delta ini sangat jahat dan simptomnya ialah sakit kepala yang sangat teruk, tidak boleh merasa makanan atau baud an tekanan sinus juga,” kata Duff dalam catatan InstaStorynya.

Dalam catatan kemas kini yang sama, dia bagaimanapun mengakui merasa selamat kerana telah lengkap disuntik vaksin Covid-19.

Duff menzahirkan rasa syukurnya kerana telah melengkapkan pengambilan suntikan vaksin Covid-19 sepertimana yang dilaporkan Billboard.

Duff kini masih lagi positif virus tersebut dan sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya.

Ironinya, beberapa hari sebelum dia memaklumkan dijangkiti Covid-19, Duff telah mengumumkan tentang projek terbaharunya.

Dia juga sempat berkongsi beberapa foto dirinya terlibat dalam spin off How I Met Your Mother yang berjudul How I Met Your Father.

Melisa Joan Hart

Sebelum ini, aktres Mellisa Joan Hart juga mengakui telah dijangkiti Covid-19 walaupun dia telah lengkap pengambilan dos vaksin.

Sehubungan itu, Hart mengingatkan orang ramai agar tidak lali dan jangan menyebarkan virus Covid-19 kepada orang lain kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP). – SM

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button