Hiburan

PKP: Nabila Huda guna pendekatan ‘reverse psychology’

Nabila Huda menggunakan pendekatan reverse psychology untuk sama-sama melaksanakan tanggjung jawab sosial, mengingatkan rakan-rakannya akur kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Mereka yang suka keluar rumah dan suka keluar tanpa sebab harus menonton video yang dirakamkan olehnya dan dimuat naik di Instagramnya.

Palakon itu siap memberi ucapan Assalamualaikum dan ‘mengajak’ semua yang berdegil, tidak duduk di rumah agar check-in ke hospital.

Pendekatan Nabila yang mesra dengan panggilan Abil tidak kasar tetapi sinis dan sindiran yang dilontarkan ini harus diterima dan menjadi renungan semua maysarakat yang masih berdegil dan tidak diam di rumah.

Berada di hospital, Abil memberi gambaran, adakah semua bersedia untuk dicucuk dengan jarum yang besar walaupun itu sekadar gambaran Abil sahaja tetapi impaknya, cukup mendalam.

Selain daripada check in di hospital, Abil juga memberi gambaran sekiranya ditangkap dan duduk dalam penjara.

Lucu apabila Abil berkata, segala kasut berjenama apabila tinggal dalam penjara, akan disimpan di dalam kotak.

Dan gambaran Abil apabila duduk dalam penjara, individu berkenaan akan mencuci bucket yang digunakan sebagai toilet untuk membuang air besar dan air kecil.

Itulah ‘holiday’ yang menanti semua pihak sekiranya sehingga ke hari ini, masih berdegil dan keluar tanpa sebab.

https://www.instagram.com/tv/B-mwWA_HGWc/?igshid=1na5by27fwjkz

‘Don’t stay at home’ dan anda akan ‘mendapat’. – SM

(Visited 286 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button