Nasionalpilihan

BAKAT ATM hulur bantuan ke Palestin

BADAN Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menyumbang sebanyak 1,322 helai selimut dan 1,000 tuala kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel sejak Oktober lalu.

Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Puan Seri Datin Seri Ramlah Dawi berkata, bantuan berkenaan dijangka dihantar ke Gaza pada 30 November ini.

Menurutnya, sumbangan itu adalah sebagai tanda solidariti BAKAT ATM dalam menyokong bantahan dunia terhadap kekejaman rejim Zionis.

Ketua Biro BAKAT MK ATM Datin Noor Natasya binti Mohd Mustapa (kiri), Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM Puan Seri Datin Seri Ramlah Dawi (tengah) dan Penasihat BAKAT ATM Mej Jen Datuk Mohamed Fauzi bin Khamis (kanan) pada Majlis Sumbangan UntukMu Palestin BAKAT ATM di Dewan Mulia Rumah BAKAT ATM.

“Ia akan disalurkan kepada penduduk di Gaza dengan kerjasama Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA Malaysia) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM),

“Barangan berkenaan dikumpul hasil sumbangan beberapa pihak seperti Maxvec Sdn. Bhd., Silver Sunrise Sdn. Bhd., Ideas Hotel dan markas ATM sendiri,” katanya selepas berucap di Majlis Sumbangan Untukmu Palestin, di Rumah Bakat ATM, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun kecil, bantuan berkenaan dilihat mampu meringankan kesusahan yang dialami oleh penduduk di sana.

Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT ATM) Puan Seri Datin Seri Ramlah Dawi (kanan) menerima penyerahan sumbangan daripada Pengarah Urusan Maxvec Sdn Bhd Marni Rani (dua, kiri) pada Majlis Sumbangan UntukMu Palestin BAKAT ATM di Dewan Mulia Rumah BAKAT ATM.

“Sesungguhnya usaha-sama BAKAT ATM bersama rakan-rakan strategik yang tampil memberikan bantuan ini terhadap golongan yang memerlukan bukti bahawa BAKAT ATM sentiasa mendukung usaha-usaha kebajikan yang digerakkan,

“Ia selaras dengan peranannya dalam memberi khidmat kebajikan tanpa mengira agama dan bangsa serta menyokong aktiviti-aktiviti amal samada yang digerakkan di dalam mahupun luar negara,

Antara barangan yang berjaya dikumpulkan bagi tujuan Sumbangan UntukMu Palestin BAKAT ATM.

“Ia juga tanda keprihatinan BAKAT ATM untuk meringankan beban kewangan dan emosi yang ditanggung,” ujarnya lagi.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Biro BAKAT MK ATM Datin Noor Natasya binti Mohd Mustapa dan Penasihat BAKAT ATM Mej Jen Datuk Mohamed Fauzi bin Khamis. – SM

Artikel berkaitan > Umat Islam disaran terus bersolidariti terhadap Palestin

 

(Visited 104 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button