Politik

RUU Anti Lompat Parti lulus buktikan kejayaan kepimpinan Perdana Menteri

RANG Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti, yang diluluskan di Dewan Rakyat Khamis lalu, membuktikan kejayaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, sejak memimpin negara tahun lalu.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kepimpinan Ismail Sabri turut berjaya membawa pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), diluluskan di Dewan Rakyat.

“Datuk Seri Ismail Sabri berjaya mencapai dua kejayaan apabila Pindaan perlembagaan Perjanjian Malaysia 1963 menerima sokongan 148 ahli Dewan Rakyat manakala RUU Anti Lompat Parti yang diluluskan 28 Julai lalu, menerima 209 sokongan.

“Ini membuktikan kejayaan Perdana Menteri mencatatkan sokongan lebih dua pertiga kerana disokong majoriti Ahli Parlimen termasuk pembangkang.”

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) Kota Tinggi semalam.

Jelas Mahdzir yang Ahli Parlimen Padang Terap, RUU Anti Lompat Parti dan pindaan RUU MA63 itu turut disokong lebih dua pertiga Ahli Parlimen termasuk pembangkang.

Khamis lalu, RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 berkaitan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat melompat parti diluluskan dengan undi majoriti dua pertiga.

Khamis lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dilaporkan berkata, sejumlah 209 Ahli Parlimen bersetuju manakala 11 Ahli Parlimen tidak hadir menerusi undi belah bahagian di Dewan Rakyat.

RUU itu pertama kali dibacakan pada 11 April lalu, tetapi ia kemudian dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Menimbang RUU tersebut.

Ia berikutan tafsiran Perlembagaan dan ‘lompat parti’ yang luas yang dipertikaikan Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat pada 14 Disember tahun lalu turut meluluskan Rang Undang-Undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63.

Ia bagi memberi pengiktirafan kepada tuntutan dan status istimewa Wilayah Sabah dan Sarawak apabila membentuk Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan. – SM

Artikel berkaitan > RUU Akta Lompat Parti jelas utamakan kestabilan 

(Visited 163 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button