Bola SepakSukan

City tersungkur lagi di pentas Eropah

KEMARAAN Manchester City tersekat sekali lagi dan kali ini langkah mereka dihalang oleh pencabar dari Perancis, Lyon pada suku akhir Liga Juara-Juara yang berakhir, awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu tewas 1-3 dan sekali gus menyaksikan penantian mereka untuk merangkul trofi di pentas Eropah terpaksa ditangguhkan lagi ke musim baru.

Satu keputusan mengejut dicipta Lyon yang menyaksikan para pemain melonjak kegembiraan sebaik perlawanan berakhir. Mereka mara ke separuh akhir bagi menempah pertemuan dengan Bayern Munich, Khamis minggu depan.

Tiga gol Lyon diledakkan Maxwel Cornet (minit ke-24) dan Moussa Dembele (minit ke-79 dan ke-87), manakala jaringan tunggal City diperoleh menerusi Kevin De Bruyne pada minit ke-69.

Para pemain City ternyata gagal menyembunyikan kekecewaan mereka apabila terduduk lesu di atas padang sebaik wisel penamat dibunyikan.

Sukar untuk diterima yang mereka sekali lagi gagal memburu trofi Liga Juara-Juara.

Pundit BT Sport, Rio Ferdinand ternyata terkejut selepas menyaksikan City sekali lagi terkandas dalam pertandingan elit Eropah itu.

“Saya terkejut. Kita ada mengulas mengenai pertemuan ini, City cukup jelas merupakan pasukan pilihan.

“Pemain paling kreatif berada di luar padang dan mereka mula beraksi lebih baik selepas Riyad Mahrez di bawa masuk.

“Raheem Sterling dan Ederson bakal menjadi tajuk berita utama kerana kesilapan yang mereka lakukan, begitu juga dengan Gabriel Jesus. Tidak banyak yang mereka sumbangkan, hari ini, tetapi mereka perlu melihat kembali kepada kesilapan sendiri.

“Keadaan mungkin berubah jika Sterling memanfaatkan peluangnya. Ia sesuatu yang malang kerana dia boleh menjadi pemain terbaik City,” katanya selepas perlawanan tamat. – Daily Mail UK – SM

(Visited 109 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button