Politik

Siapa akan dominan dalam MN?

POLEMIK dominan dalam Muafakat Nasional (MN) mungkin berlaku bagi memperlihatkan siapa sebenarnya lebih berpengaruh dan mempunyai sokongan sah.

Sokongan yang dimaksudkan pastinya diperingkat akar umbi dan jumlah ahli yang berada dalam Dewan Rakyat.

Perkara ini timbul apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan partinya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyertai MN.

Oleh demikian, sedikit sebanyak akan mencetuskan polemik ‘siapa dominan’ dalam MN.

Ini pasti menjadi persoalan terutama dalam menentukan siapa yang akan memimpin untuk membentuk kerajaan pada masa akan datang.

BACA > Takwim persekolahan 2021 ambil kira kepentingan guru, murid, ibu bapa – Suara Merdeka

Setiap parti dalam gabungan tersebut mempunyak kelebihan masing-masing, begitu juga Bersatu.

Walaupun sikit, tetapi Bersatu adalah kerajaan yang Perdana Menterinya adalah daripada parti itu.

“Apakah UMNO itu parti yang dominan atau jadi abang besar dalam Muafakat Nasional?

“Apakah dalam Muafakat Nasional, UMNO masih boleh buat keputusan unilateral bagi pihak MN?

“Sepertimana dalam Barisan Nasional sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dahulu.”

Demikian kenyataan penganalisis politik, Azizi Safar yang dipetik laporan portal MalaysiaGazette hari ini.

UMNO disifatkan berada dalam kedudukan ‘janggal’ untuk berada dalam Perikatan Nasional (PN).

BACA > Polis siasat akuan bersumpah berkaitan dakwaan diliwat – Suara Merdeka

Justeru menurut beliau, itu menjadi alasan UMNO menolak PN kerana tidak boleh menjadi dominan dalam gabungan tersebut.

“UMNO kena jadi subservient kepada PPBM (Bersatu), parti yang lebih kecil dan ada tidak ramai Ahli Parlimen berbanding UMNO. Ini tanggapan ramai dalam UMNO,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau menunjukkan sikap optimis terhadap pimpinan kanan UMNO dan Pas yang menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana menurutnya, MN mempunyai peluang yang lebih baik, malah UMNO juga dilihat boleh kembali dominan.

Menurut Azizi, komponen BN yang sekutu dengan UMNO seperti MCA, MIC dan PBRS sudah pun berada dalam MN.

“Jika semua parti yang menyokong kerajaan PN sertai MN, MN akan akhirnya jadi pengganti PN,” jelasnya.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan situasi ini perlu dihadapi oleh semua komponen dalam gabungan MN.

BACA > Melayu semakin bertaut bentuk kerajaan tanpa DAP – Suara Merdeka

Ini kerana landskap dan komposisi parti politik tidak lagi seperti dahulu apabila BN kalah dalam PRU-14. – SM

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button