Nasional

PKP di negeri catat peningkatan mendadak Covid-19 dinilai semula

Kerajaan akan menilai semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa khususnya di negeri-negeri yang sedang mengalami peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, penilaian semula itu untuk memastikan SOP yang berkuat kuasa dan tindakan yang diambil adalah berkesan untuk membendung penularan COVID-19 yang sedang meningkat.

Jelas beliau, ketika ini Kerajaan telah menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bagi mengenal pasti kawasan atau premis yang berisiko menyumbang kepada penularan COVID-19.

“Premis-premis ini akan diarah tutup jika dikesan telah dilawati oleh sejumlah besar mereka yang positif COVID-19. Pendekatan ini selari dengan keputusan kerajaan untuk mengawal dan membendung penularan jangkitan COVID-19 secara bersasar.

“Melalui sistem ini, pemantauan dilakukan setiap hari bagi mengenal pasti lokasilokasi tumpuan awam yang berisiko tinggi,” katanya.


HIDE dibangunkan secara bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebelum ini sistem itu telah mengesan 904 kes positif Covid-19 yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan kunjungan atau dijangkiti oleh individu yang pernah mengunjungi bazar Ramadan di seluruh negara.

“Saya menyeru orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan serta mengelakkan daripada berada di tempat yang sempitdan sesak bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada jangkitan COVID-19,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini.-SM

 

(Visited 91 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button