NegeriPolitik

MB Perlis puas hati prestasi ADUNnya pada Sidang DUN pertama

MENTERI Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hari ini melahirkan rasa puas hati dengan prestasi 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)nya sekalipun rata-rata melalui pengalaman pertama berbahas di Persidangan DUN.

Beliau berkata, sepanjang empat hari pada Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Pertama DUN Perlis Ke-15 yang bermula 19 Disember, kesemuanya dapat berbahas dengan tersusun dan terancang.

Selain itu, katanya tidak berlaku sebarang pertindihan isu tetapi setiap perkara yang dibangkitkan berjalan dengan baik.

Katanya, mungkin pada hari pertama ada yang nampak sedikit kekok tetapi kemudiannya dapat mengikut rentak.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua ADUN kerana menjalankan tugas dengan baik,” katanya kepada media di Kompleks DUN di Persiaran Wawasan, Kangar.

Mohd Shukri berkata, mengenai barisan Exconya seramai enam orang ini juga dilihat mampu menunjukkan prestasi yang baik.

“Barisan Exco nampaknya cepat belajar bagi setiap portfolio yang diamanahkan,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) 19 November lalu, Perikatan Nasional (PN) menang besar di Perlis dengan 14 kerusi dan satu sahaja dari Pakatan Harapan (PH) sekaligus berjaya membentuk kerajaan negeri. – SM

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button