Hiburan

Hujan lebat dan tayar pancit antara dugaan Aizat Amdan untuk tiba ke majlis pernikahan!

Tepat pada 9.17 pagi, penyanyi terkenal, Aizat Amdan, 33, sah begelar suami dengan sekali lafaz kepada pengurusnya, Elyssa Alia Ilias, 34.

Majlis yang berlangsung di A-Park Puchong Selangor turut menyaksikan pelantun Lagu Kita itu menyerahkan mas kawin bernilai RM300 bersama tiga dulang hantaran berbalas lima dulang daripada pihak perempuan.

Kedua-dua pasangan ini dinikahkan Leftenan Kolonel Bersara, Ilias Moiden yang merupakan bapa kepada pengantin perempuan.

Mengenai wang hantaran, Aizat dan pasangan merahsiakannya kepada pihak media namun beberapa jam sebelum majlis berlangsung, Aizat berdepan dengan detik cemas.

Mana tidaknya, pada malam sebelum majlis pernikahan, hujan turun dengan lebat dan hendak dijadikan cerita, tayar kereta Aizat boleh pula tiba-tiba pancit.

Namun demikian, Aizat dan pasangan meluahkan rasa syukur kerana majlis dapat berlangsung dengan baik seperti yang dirancang.

Difahamkan selepas selesai menjalankan beberapa tugasan di Los Angeles, California, kedua-dua pasangan ini memilih Mexico untuk dijadikan negara sebagai tempat berbulan-madu.

Terdahulu, Aizat memberitahu mereka sudah menjalinkan cinta sejak tiga tahun yang lalu dan Aizat terus melamar Elyssa untuk dijadikan teman hidup sehingga ke tua.

(Visited 436 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button