Hiburan

“Siapa kacau Safawi, aku nak ludah”, marah betul Zarina Anjoulie

MARAH betul nampaknya pelakon, Zarina Anjoulie terhadap sesiapa yang cuba menganggu pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid, 23..

Seperti yang diketahui ramai, Safawi Rasid ketika ini sedang bermain bersama pasukan liga Portugal iaitu Portimonese SC.

Malah, kehadiran pemain itu ke sana nampaknya menjadi tumpuan pihak media dan sempat dijawab Safawi dalam bahasa Inggeris.

Namun, bagi orang yang tidak biasa berbahasa Inggeris, mungkin akan nampak kekok sedikit apatah lagi tiba-tiba ditemubual media luar negara, rasa gugup pastinya menggunung.

Seakan ada yang tidak berpuas hati, kemampuan Safawi berbahasa Inggeris dipersoalkan sekaligus membuatkan Zarina tampil menyatakan pendiriannya.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Zarina berkata, dia mahu meludah mana-mana individu yang mengacau dan memperlekehkan Safawi.

“Siapa kacau Safawi aku nak ludah. Sekurang-kurangnya dia cuba cakap English bukan cakap Melayu kat sana. Macam mana nak maju, Melayu sikit-sikit nak sindir sikit-sikit nak bahan, biarlah dia belajar.

“Power lah juga dia dapat main untuk kelab sana international daripada korang yang terperap je kat rumah tak ada buat apa apa. Sampah punya orang siapa yang duk sindir-sindir dia.

“Kenapa nak bahan dia, English berterabur sikit nak gelak-gelakkan. Kita patut sokong sesama Malaysia. Dia tengah mengharumkan nama negara kita. Tunjukkan sedikit sokongan. Dia dah sampai sana dah sangat bagus,” luahnya.

Safawi dipinjamkan oleh kelab Johor Darul Takzim (JDT) kepada kelab Portimonese SC selama semusim.

Untuk rekod, Safawi muncul pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas penyerang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk, di Belgium, Ogos lalu. -SM

(Visited 806 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button