Politik

PH-BN sepakat kuota PBT, cuma perlu ‘bincang lanjut’

PAKATAN Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor mencapai persefahaman mengenai pembahagian kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), cuma perlu “bincang lanjut” untuk memuktamadkan keputusan, kata Datuk Seri Amirudin Shari.

Menteri Besar Selangor berkata, perkara itu bukan isu besar kerana segala yang ditimbulkan BN sudah difahami secara menyeluruh dalam pertemuan sebelum ini dengan beberapa “cadangan” turut diutarakan.

“Cuma (sekarang) perlu muktamad cadangan itu. Saya ingat sebelum sesi Dewan atau selepas Dewan…sebelum masuk Ramadan kita boleh ‘conclude’ semua,” kata pengerusi PH Selangor selepas tinjauan ke tapak Program Balik Kampung CNY Fest 2024 di Pavilion, Bukit Jalil.

Amirudin berkata, pihaknya akan mengatur pertemuan dengan Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, katanya segala pelantikan masih diteruskan bagi memastikan majlis PBT berjalan dengan baik.

Isnin lalu, media melaporkan Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Ng Suee Lim berkata, kuota 20 ahli PBT Selangor masih dibuka kepada BN walaupun komponen itu menolak tawaran kerajaan negeri.

Katanya, kekosongan itu tidak perlu diisi segera walaupun 11 daripada 12 PBT telah mengangkat sumpah.

Pada 20 Januari lalu, UMNO Selangor memutuskan mengembalikan semula kuota kerusi majlis PBT kepada kerajaan negeri, namun pada masa sama menuntut 373 jawatan pengerusi JPKK.

Megat berkata, tindakan itu bukan disebabkan pihaknya “merajuk” sebaliknya hanya mahu berunding atas semangat persahabatan, kerana kuota diperuntuk kepada UMNOhanya 7% daripada 288 kerusi ahli majlis membabitkan 12 PBT. – SM

BACA PBT jangan beri gambaran buruk hingga haiwan terbiar dizalimi – Sultan Selangor

BACA Rafizi pertikai Menteri Besar Selangor, tak ambil tindakan terhadap kilang

(Visited 39 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button