Berita

McDonald’s terus erat kerjasama dengan Perlis bantu golongan memerlukan

Kerjasama berterusan dan erat antara McDonald’s Malaysia dengan Perlis melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) amatlah dialu-alukan dan seharusnya diteruskan lagi pada masa hadapan demi menjaga kepentingan mereka yang memerlukan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri majlis santapan malam McDonald’s Malaysia bersama MAIPs dan UniMAP yang diadakan di Kuala Perlis pada malam semalam.

Mewakili pihak McDonald’s Malaysia ialah Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, Dato’ Azmir Jaafar dan Pengarah Perhubungan Kerajaannya Datuk Seri Mohammed Nasir Rakhir.

Turut hadir ialah Mufti Perlis Dato Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Naib Canselor UniMAP Lt. Kol. Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli.

Terdahulu daripada itu Azmir bersyukur kehadrat Allah swt kerana berkat sokongan rakyat Malaysia,McDonald’s Malaysia masih berupaya untuk beroperasi ketika negara melalui pelbagai fasa perintah kawalan pergerakan. Namun demikian, syarikatnya tidak lupa akan nasib golongan yang memerlukan dan sentiasa berusaha untuk membantu mereka yang terlibat.

Menurut beliau, selain dari program-program tajaan Ronald McDonald House Charity (RMHC) dan sumbangan zakat, McDonald’s Malaysia juga menganjurkan pelbagai program komuniti bagi masyarakat setempat. Setiap tahun, dianggarkan lebih 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara.

Tambah Azmir lagi, ‘Sesuai dengan norma baharu, sumbangan McDonald’s Malaysia kepada masyarakat tetap diteruskan dan telah juga diperluaskan kepada petugas-petugas ‘frontliner’ di seluruh negara. Bagi inisiatif ini, lebih dari satu setengah juta pek makanan telah disumbangkan kepada golongan barisan hadapan sehingga kini. Pada tahun 2020 sahaja, RM250 ribu telah disumbangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pembelian peralatan perlindungan peribadi atau PPE.

Untuk rekod, pada bulan Oktober tahun lepas, McDonald’s bersama RMHC telah mengadakan sambutan hari jadi untuk 12,000 kanak-kanak dari 400 buah rumah anak yatim. Terkini, mereka juga telah meraikan golongan warga emas di pusat-pusat jagaan orang-orang tua terpilih di seluruh negara bersempena dengan Tahun Baru Cina. Sempena bulan Ramadhan Kareem nanti, McDonald’s bakal menyumbang jamuan moreh kepada masjid-masjid yang berdekatan dengan restoran McDonald’s pula.

(Visited 358 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button