Nasional

Pintu kunci air dibuka, air mula surut ke paras lutut

AIR genang yang bertakung di Taman Sri Muda, Shah Alam, telah menunjukkan penurunan selepas pintu kunci air dibuka pada pukul 8.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib dalam satu kenyataan hari ini berkata, beberapa unit pam air turut digunakan bagi mempercepatkan proses menyedut air ke sungai berhampiran.

“Saya juga menasihati orang ramai mengutamakan keselamatan diri ketika banjir ini,” katanya.

Sementara itu, Astro AWANI melaporkan, sejak pukul 6.30 pagi tadi, kawasan Taman Sri Muda sudah boleh dimasuki orang ramai yang berkenderaan ringan.

Namun begitu penduduk dinasihati untuk tidak masuk ke kawasan perumahan itu termasuklah bagi melakukan kerja-kerja pembersihan sehingga jawatankuasa bencana memberi kebenaran bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Difahamkan, kebenaran itu akan dikeluarkan dalam tempoh dua atau tiga hari lagi. – SM

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button