Sukan

Sukan tidak bersentuhan akan dibawa ke MKN

Sektor sosial dan sukan mampu mengimbangi tekanan mental serta emosi terutama ketika penularan wabak Covid-19.

Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pihaknya akan berusaha membawa perkara tersebut ke pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar sukan tidak bersentuhan seperti joging dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dibenarkan.

Katanya, apa yang penting sektor berkenaan yang setakat ini tidak mencetuskan kluster dibenarkan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat.

“Sekurang-kurang ada ruang supaya aktiviti riadah dapat dilakukan bagi mengimbangi antara aspek kesihatan , sosial dan ekonomi

“Kita perlu ingat bukan semua yang ada dan berkemampuan untuk memberlu peralatan sukan bagi kegunaan dirumah.Jadi ini akan dibawa dan diusahakan (dibawa ke MKN ),” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

(Visited 266 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button