Politik

Pimpinan PH bertahan di “Bukit Uhud”?

‘Bertahanlah di Bukit Uhud wahai pemimpih PH’.

Itu antara kata-kata semangat yang dilontarkan oleh penyokong Pakatan Harapan di media sosial agar pemimpin mereka tidak mengalah dalam ‘pertarungan’ merebut semula kerajaan dan kerusi Perdana Menteri ketika ini.

Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Ahmad Sanusi Azmi berkata, analogi tersebut adalah sangat jauh jika ingin dibandingkan dengan perjuangan Nabi Muhammad SAW yang mulia.

Jelas beliau, al-Quran merekodkan di dalam Perang Uhud, merupakan pertembungan kekufuran dan keimanan  sehingga Allah menegaskan bahawa pertembungan ini menjadikan orang beriman bertambah keimanan mereka.

Maksudnya: “Mereka (orang beriman) diberitahu oleh manusia (pembawa berita): “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan bala tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah Allah buat kami, dan Dia sebaik-baik Wakil (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”. (Ali Imran: 173)

Justeru menurut beliau, timbul persoalan apakah pertembungan politik PH pada hari ini menambah keimanan kaum Muslimin.

Adalah sangat aneh, kata Ahmad Sanusi, untuk  menyamakan situsasi yang dihadapi pemimpih PH ketika ini dengan situasi di Bukit Uhud.

“Sedarkah mereka bahawa PH dilihat bersekongkol dengan DAP yang dikatakan banyak mempertikai isu berkaitan Islam?

“Perhatikan pertembungan politik tanahair yang berlaku pada hari ini. Apakah perjuangan mereka adalah semata-mata kerana dunia ataupun akhirat?

“Sekiranya perjuangan mereka atas kepentingan dunia, apakah boleh kita samakan dengan perjuangan sahabat Nabi di atas Bukit Uhud dengan situasi politik PH pada hari ini?,” tanya Ahmad Sanusi.

Sehingga malam tadi masih belum ada sebarang kepastian sama ada PH akan mengambil alih semula pentabiran selepas sekutu mereka iaitu parti Bersatu mengumumkan keluar daripada pakatan tersebut.

Lebih menambahkan parah kira-kira 11 Ahli Parlimen PKR termasuk Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut mengisytiharkan keluar daripada parti tersebut.

Ketika ini masing-masing mendakwa mempunyai cukup majoriti untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.-SM

 

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button