fbpx
Politik

Pimimpin Pas perlu berhati-hati dengan kuasa yang dimiliki

KEPIMPINAN Pas diinagtkan supaya berhati-hati dengan kekuasaan yang dimiliki tanpa mengetepikan pandangan aka umbi.

Wakil Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pandangan akar umbi dan rakyat mesti kita raikan daripada masa ke semasa demi kepentingan negara.

“Pas sebagai wadah perjuangan rakyat mesti senantiasa berada dalam jiwa rakyat. PAS hendaklah bersama rakyat jelata dalam semua keadaan dan PAS hendaklah membela nasib semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” ketika berbahas pada Muktamar Pas di Kota Bharu hari ini.

Pada masa katanya, tanggungjawab Pas sekarang ialah mengisi kemenangan berdasarkan apa yang telah ditawarkan kepada rakyat melalui manifesto pilihanraya yang lalu.

Pas Terengganu telahpun menawarkan sebanyak 20 tawaran manifesto dan hampir 75% daripadanya telahpun dilaksanakan dan bakinya dalam proses perlaksanaan.


“Apakah bentuk pengisian yang kita hendak bawa kepada rakyat?

“Umumnya pengisian tidak boleh lari daripada apa yang telahpun kita tawarkan kepada rakyat melalui manifesto pilihanraya yang lalu,” katanya
Katanya, dalam konteks Pas, isu manifesto ini suatu yang cukup penting sebagai suatu moral dan religious obligation sekalipun bukan suatu ikatan kontrak yang sah tetapi ianya suatu tuntutan moral yang mesti dipenuhi oleh sang kerajaan.

“Menteri Besar, Exco dan dan Wakil Rakyat adalah bertanggungjawab kepada parti kerana rakyat memilih parti bukan diatas batang tubuh mereka.

“Badan Perhubungan Pas Negeri adalah mewakili parti diperingkat negeri, segala dasar yang diputuskan oleh parti mestilah diambil kira dalam semua perkara termasuk perlantikan GLC, badan berkanun dan PBT.

“Prinsip perjuangan parti mesti dipegang secara konsisten dan tidak mudah goyang ke kiri atau kanan. Lembaga tatatertib perlu mengambil tindakan sekiranya ada pimpinan yang terlibat dengan salah laku disiplin.

“Konteks hubungan Pas dan UMNO di Terengganu atau Muafakat Nasional, telah dinyatakan dengan tegas bahawa hubungan politik ini ada garis sempadan dengan hadnya,” katanya. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button