Politik

Pilihran Raya Umum DUN Sarawak ditangguhkan – SPR

PILIHAN Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak ditangguhkan. Demikian kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Ikmalrudin Isham melalui satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nassar pada 6 Jun lalu berhubung tamat tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak yang ke-18.

Namun begitu, kata Ikmalrudin, di bawah Seksyen 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 bagi tempoh darurat berkuat kuasa peruntukan untuk memanggil, memprorog dan membubarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak tidak mempunyai kesan.

Dan ia, jelas Ikmalrudin, akan ditetapkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, katanya.

“Manakala Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 juga memperuntukkan pilihan raya Dewan Undangan Negeri bagi tempoh darurat berkuat kuasa tidak mempunyai kesan

“Dan tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak hendaklah diadakan pada tarikh difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak,” ujar beliau dalam kenyataan yang sama.

Oleh yang demikian, kata Ikmalrudin  lagi, memandangkan Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 11 Januari 2021 [P.U.(A) 7/2021] dan peruntukan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berkaitan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa maka Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak ditangguhkan. – SM

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button