Bola SepakSukan

Pilihan Veteran Perlis kalahkan PPKL

Pasukan Pilihan Veteran Perlis mengalahkan Pasukan Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) 3-2 dalam perlawanan bolasepak “Bola Raya 2022” yang diadakan di Stadium Tuanku Syed Putra Kangar pada malam semalam.

Gol-gol Pasukan Pilihan Veteran Perlis dijaringkan oleh Azizi Mat Ros, Wan Zukri Wan Ya dan Muhd Nizam Ibrahim manakala gol balas Persatuan Perlis Kuala Lumpur pula disumbat oleh Es Ridzuan Zahid Amir
dan Muhammad Faris Abdullah Mohd Rosdi.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda-anakanda iaitu Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan perlawanan tersebut dan seterusnya menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada para pemain kedua-dua belah pasukan di akhir program.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Yang DiPertua PPKL Dato’ Syed Moheeb Syed Kamarulzaman serta Timbalan Yang DiPertua, Datin Seri Datuk Hjh Norayini Ali dan Setiausaha, Anuar Zaki.

Turut hadir Pegawai Kewangan Negeri Hj Zepri Saad dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Anuar Abidin.

Pertandingan tersebut adalah aktiviti tahunan anjuran PPKL sempena hari raya aidilfitri yang ke-tiga bertujuan bagi mengeratkan silatulrahim dengan semangat kesukanan dalam kalangan anak-anak Perlis di perantauan khususnya yang kini bermastautin di Lembah Kelang yang pulang berhari raya di Perlis.

Perlawanan sejak 1992 ini telah terpaksa ditiadakan selama dua tahun iaitu 2020 dan 2021 sejak Covid-19 melanda dunia. Ia diilhamkan sendiri oleh Tuanku Raja Muda ketika baginda masih berkhidmat dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) di ibunegara dan juga merupakan Pengerusi Portfolio Sukan AJK PPKL pada ketika itu dan berjaya diteruskan sehingga ke hari ini.

Turut diadakan khas pada malam semalam ialah sesi ‘Tribute’ berupa memohon doa keampunan dan rahmat untuk dua orang sahabat dan pendokong utama pasukan PPKL sejak awal penubuhannya lagi yang telah meninggal dunia iaitu Allahyarham Mohd Rosdi Sudin dan Allahyarham Kapten Abdul Halim Abdul Hamid yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Wafiq Desa dari Jabatan Mufti Negeri Perlis.

(Visited 1,591 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button