Hiburan

Pierre Andre tampil dengan naskhah Thriller terbaharu ‘Dajal ‘

SEMALAM majlis Malam Gala bagi filem Dajal (Satu Malam diPedajal) berlangsung dengan meriah, dihadiri oleh barisan pelakon, rakan media, blogger, pempengaruh, serta para tetamu jemputan. Majlis ini turut dimeriahkan dengan tayangan perdana filem Dajal (Satu Malam diPedajal) secara eksklusif buat para hadirin di Dadi Cinema KLCC.

Poster filem Dajjal

Menurut penerbit filem, David Teo, Dajal (Satu Malam diPedajal) merupakan sebuah naskhah yang menampilkan kekuatan sebenar Pierre Andre, di mana skripnya ditulis sepenuhnya oleh beliau. Filem ini bergenre thriller dan menjadi satu percubaan baharu bagi Metrowealth, yang sebelum ini lebih sinonim dengan genre lain. Pihak produksi yakin filem ini akan memberikan pengalaman baharu dan segar kepada para penonton.

Filem arahan Pierre Andre ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Amir Nafis dan pempengaruh terkenal Bidin Al Zaifa sebagai teraju utama. Selain itu, ia turut dibintangi oleh Khatijah Tan, Jay Iswazir, Jaja Iliyes, Dai Syed, Hanna Halim, Dai Fuad, serta Arfa Danish.

Filem ini mengisahkan dua pekerja Post-Traumatic Cleaner yang terperangkap dalam sebuah banglo secara mistik selepas salah seorang daripada mereka membaca sebuah buku ritual lama ketika menjalankan tugas pembersihan. Dajal (Satu Malam diPedajal) bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 6 Februari 2025.

Dalam perkembangan lain, sebuah filem baharu terbitan Laku Pictures dan diedarkan oleh Metrowealth dijangka menemui penonton pertengahan tahun ini. Filem ini merupakan karya ke-153 terbitan Metrowealth.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button