Berita

PIBG SMKBB2020 Hadiah Kambing Sempena Mesyuarat Agung PIBG

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Behrang 2020, (SMKBB2020) yang mengadakan Mesyuarat Agung ke-12 hari ini mencipta kelainan apabila menawarkan hadiah seekor kambing untuk cabutan bertuah.

Suri rumah, Sarimah Abd Aziz, 53, menganggap dirinya bertuah apabila diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah berupa seekor kambing jantan bernilai RM1,000.

Sarimah yang tinggal berdekatan sekolah berkata beliau tidak menyangka namanya diumumkan sebagai penerima hadiah kambing dalam sesi cabutan bertuah berkenaan.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon Dalam ucapan perasmiannya berkata PIBG berperanan penting membantu pihak sekolah dalam melahirkan pelajar yang berbakat dan bersahsiah selain cemerlang akademik.

Datuk Mah menganggap pendekatan menarik dan unik menghadiahkan kambing untuk cabutan bertuah membuktikan kreativiti PIBG.

“Saya menggalakkan sekolah menerusi PIBG bersama Pejabat Pendidikan Daerah melaksanakan program yang menggalakkan budaya membaca selain mengesan potensi diri setiap pelajar,” katanya.

Beliau menyaran ibu bapa agar meluangkan masa 30 minit setiap hari mengulangkaji pelajaran bersama anak masing- masing-.

Hadir sama Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Daerah Muallim, Saiful Bahrin Sulaiman;
Pengetua SMK Bandar Behrang 2020, Mohd Sabry Deraman serta Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Behrang 2020, Kamarul Beharim Lasa.

Prof Madya Dr Ghazali Din yang dilantik semula sebagai Yang Dipertua berkata idea spontan beliau tiga hari lalu disambut baik rakan-rakan ahli jawatan kuasa , manakala pengusaha alatan pendidikan AR Edutech yang juga alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris, Abdul Rahman Bashah ingin menyumbang.

“PIBG aktif menganjurkan program yang membantu melahirkan modal insan, namun SMKBB2020 sehingga kini belum memiliki dewan untuk pelajar melaksanakan aktiviti sejak dibina lebih 10 tahun lalu.

Katanya, hampir 100 hadiah cabutan bertuah sumbangan guru dan ibu bapa juga menarik lebih ramai ibu bapa menghadirin mesyuarat berkenaan sehingga memenuhi dewan.

“PIBG mengalu-alukan sumbangan kepakaran ibu bapa membantu sekolah secara sukarela selain tenaga pakar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang hebat demi kecemerlangan pelajar SMKBB2020 dalam akademik dan modal insan ,” katanya.

Dr Ghazali berkata setiap pelajar memiliki potensi diri dan bakat yang perlu digilap hingga menjadi sebutir bintang yang bersinar Di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara serta persada dunia.

(Visited 360 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button