Politik

Muafakat Nasional adalah muafakat semua – Ahmad Zahid

PRESIDEN Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO Datuk Seri dR. Ahmad Zahid Hamidi saling berkongsi gambar yang sama di Twitter dan media sosial.

Gambar berkenaan adalah moment pertemuan kedua-dua pemimpin utama yang menggerakkan Muafakat Nasional di bangunan Parlimen hari ini

Pada kapsyen di Twitternya, Abdul Hadi berkata, banyak perkara yang boleh dicapai oleh kedua-dua mereka apabila selalu berjumpa.

“Bertemu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen hari ini. Banyak perkara dapat dicapai apabila selalu berjumpa,” ciap Abdul Hadi.

Sementara Ahmad Zahid di Twitternya pula menukilkan mengenai erti persahabatan yang sejati. Seolah-olah beliau dan Abdul Hadi kini dalam tahap perhubungan yang semakin erat.

“Sahabat sejati bukanlah mereka yg memiliki banyak persamaan, tapi mereka yg memiliki pengertian terhadap setiap perbezaan.

“Muafakat Nasional adalah muafakat untuk semua. Bersembang bersama Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Parlimen sebentar tadi,” ciap Ahmad Zahid.

Presiden UMNO itu sebelum ini menegaskan parti yang dipimpinnya tidak akan menjadi salah sebuah komponen dalam Perikatan Nasional jika ia didaftarkan sebagai sebuah parti yang sah.

Sebaliknya menurut Ahmad Zahid, UMNO akan terus memperkukuhkan Muafakat Nasional iaitu gabungan kerjasama antara Pas dan Barisan Nasional yang dianggotai UMNO, MIC dan MCA.

Beliau berkata, sokongan kepada kerajaan PN ketika ini, hanya berlandaskan sokongan Ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri.

Menurut Ahmad Zahid, BN akan terus mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional sehingga Pilihan Raya Umum ke-15.

Satu undian turut dilakukan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di Facebooknya untuk mengetahui pandangan netizen mengenai pendirian UMNO untuk tidak menyertai PN sekiranya didaftarkan sebagai sebuah parti.

Dalam tempoh 24 jam seramai 47,000 atau 84 peratus bersetuju dengan pendirian UMNO untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) sekiranya didaftarkan sebagai parti.

Manakala 8,900 atau 16 peratus pula berpendapat kekal pertahankan Kerajaan sekarang dan perkukuhkan Muafakat Nasional.-SM

 

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button