Bola SepakSukan

Piala Malaysia: 4 pasukan mengesahkan tempat ke separuh akhir

Johor Darul Ta’zim, Terengganu FC, Melaka United dan Kuala Lumpur City FC berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia

EMPAT pasukan, Johor Darul Ta’zim, Terengganu FC, Melaka United dan Kuala Lumpur City FC berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi kedua suku akhir malam ini.

Skuad Harimau Selatan mengesahkan slot ke pusingan empat terbaik apabila menewaskan naib juara edisi 2019, Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 secara agregat.

Manakala Terengganu FC pula berjaya mengesahkan tempat apabila menumbangkan Sarawak United dengan kemenangan selesa 4-2 pada aksi suku akhir kedua di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Kelebihan 6-3 gol secara agregat itu menyaksikan skuad Sang Penyu itu berjaya melangkah ke separuh akhir dan bakal menampilkan satu lagi aksi hebat apabila mereka dijadual bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan pertama separuh akhir yang dijadualkan pada 22 November ini.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, Melaka United akan bertemu Kuala Lumpur City FC untuk layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 yang akan berlangsung pada 30 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Ini selepas anak buah Zainal Abidin Hasan berjaya menewaskan Sabah FC dengan agregat 2-0 manakala skuad ‘The Cityboys’ kendalian Bojan Hodak menang bergaya 3-0 secara agregat dengan pasukan jiran Lembah Klang, Selangor FC (SFC). – SM

(Visited 103 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button