Auto TravelEkonomi

Regas Premium Sabah memperkenalkan Pusat Pengedaran BMW Group baharu di Kota Kinabalu

REGAS Premium Sabah, satu-satunya wakil pengedar bertauliah BMW di Sabah sejak 2018, telah memperkenalkan pusat pengedaran 4S (Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem) miliknya yang baharu dipindahkan di Kota Kinabalu untuk jenama BMW, BMW Motorrad, BMW Premium Selection (BPS) serta BMW i.

Pusat pengedaran baharu ini menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan, termasuk insurans kereta (baharu & pembaharuan), tukar beli kereta terpakai dan BMW Financial Services.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Sejak usaha sama kami dimeterai pada Julai 2018, Regas Premium Sabah telah menjadi rakan kongsi yang amat bernilai dalam melancarkan hubungan kami dengan para pelanggan setia kami di Sabah.

Sebagai Wakil Pengedar Bertauliah BMW, Regas Premium Sabah berjaya membawakan Kenikmatan Pemanduan Sempurna yang dijanjikan buat para pelanggan di negeri ini, dengan menyumbang 300 lebih buah kenderaan dalam bilangan penyerahan kenderaan kami setiap tahun.”

Datuk Matthew Tan Yaw Tzuu, Prinsipal Pengedar merangkap Pengarah Urusan Regas Premium Sabah menyatakan, “Peluang untuk menyediakan Pengalaman Pemilikan Premium buat para pelanggan di Malaysia Timur terus menjadi kebanggaan kami, iaitu sentimen yang turut dikongsi oleh BMW Group Malaysia.

Atas dasar itu, pusat pengedaran baharu kami yang diperluaskan ini berfungsi untuk terus melakar prestasi cemerlang yang kami rekodkan sejak tiga tahun setengah yang lalu dalam menyediakan aneka kenderaan premium lagi berkualiti, termasuk perkhidmatan pascajualan yang komprehensif buat para pelanggan kami di Sabah.”

Pusat pengedaran empat tingkat yang baharu ini adalah 40,000 kaki persegi lebih besar berbanding bilik pameran terdahulu yang terletak di Jalan Penampang, dan dapat mempamerkan 28 buah kenderaan yang merentasi portfolio BMW Group untuk para pengunjung di Sabah.

Ditunjangi oleh 54 orang kakitangan yang berdedikasi di perkarangan ini untuk menawarkan perkhidmatan yang berkualiti buat para pelanggan, pusat pengedaran baharu di Kota Kinabalu ini juga lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti Customer Lounge, Handover Lounge, Isetta Bar, BMW Lifestyle & Merchandise, BMW Parts, Relaxation Zone, Reception at the Car (RATC), Grand Klasse (GKL) Lounge, kelab BMW Motorrad Community, BMW Motorrad Gear & Garment, serta kemudahan pengecasan AC/DC di ruang parkir pelanggan.

Regas Premium Sabah kini terletak di Lot 2, Jalan Iramanis, Off Jalan Ulam Bunga Raja, 88400, Kota Kinabalu, Sabah. Waktu operasinya adalah mulai jam 8:30 pagi setiap hari; ditutup pada hari Ahad. Untuk maklumat lanjut mengenai Regas Premium Sabah, sila layari BMW-Regas. – SM

Kredit: EnjinDotCom

(Visited 406 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button