Politik

Perikatan Nasional bakal ganti Barisan Nasional – Annuar Musa

TAN SRI Annuar Musa berkata, Perikatan Nasional (PN) merupakan gabungan pelbagai kaum dari parti-parti Melayu, bumiputera dan pelbagai kaum lain.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu berkata, PN bakal mengambil peranan Barisan Nasional (BN) yang semakin tidak relevan sehingga MIC dan MCA semakin tawar hati dengan gabungan itu.

Situasi itu, ujar beliau, menyebabkan UMNO ditinggal keseorangan untuk menghadapi pilihan raya di enam buah negeri.

Walaupun UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan Madani, tetapi mereka tidak dapat membina tamadun negara bangsa kerana dianggotai oleh mereka yang dibebani dengan isu integriti.

Kerajaan yang disifatkan sebagai kakistokrat, kelentongkrat dan kleptokrat, kata Annuar, tidak mampu membentuk sebuah negara madani sebagai mana dilakukan oleh Rasulullah.

Annuar ketika berucap pada kempen pilihan raya di Terengganu itu berkata, pemimpin berkenaan kini sudah kehilangan arah sehingga rakyat gelisah kerana berdepan dengan situasi getir ekonomi.

Beliau berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri telah berbohong apabila mendakwa beliau yang menghapuskan hutang para peneroka Felda bernilai RM8.3 bilion, kerana inisiatif itu telah diambil pada tahun 2021 lagi.

Justeru Annuar berkata, ini bukan bentuk kerajaan yang boleh menjadi harapan rakyat.

Annuar bersyukur kerana dapat menyertai Pas, walaupun menjadi ahli biasa. “Saya dipecat kerana saya tidak bersetuju UMNO bersekongkol dengan DAP sebuah parti sosialis dan PKR sebuah parti liberal,” katanya.

Beliau juga mengalu-alukan pemimpin DAP Tan Sri Lim Kit Siang yang mahu menyamannya kerana mengaitkan pemimpin berkenaan dengan peristiwa 13 Mei.

“Saya banyak lagi bukti untuk didedahkan, silakan saman saya,” katanya.

(Visited 339 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button