Politik

PH tolak persefahaman rentas parti yang dicandangkan PM

Pakatan Harapan menolak menolak cadangan persefahaman rentas parti yang ditawarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Majlis Presiden PH mendakwa tawaran yang dibuat oleh Muhyiddin sebagai tidak ikhlas.

“Oleh yang demikian, Pakatan Harapan mengambil pendirian untuk menolak keras segala tawaran tidak ikhlas Tan Sri Mahiaddin yang sepatutnya dibuat lebih awal dan bukannya di penghujung hayat politik beliau.

“Tumpuan seharusnya diberi untuk menyelamatkan rakyat dan bukan kerjaya politik beliau,” katanya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan secara bersama oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Tambahnya, PH yakin lebih mampu memberian perancangan yang lebih baik terutama bagi mengatasi pandemik Covid-19.

“Sebaliknya, Pakatan Harapan memilih untuk bersolidariti dengan rakyat yang sedang menderita akibat pandemik COVID-19.

“Kami berkeyakinan bahawa kami mampu mengemukakan suatu perancangan yang lebih baik, terutama untuk menangani pandemik COVID-19, menghidupkan semula ekonomi, serta menyelamatkan rakyat dan mata pencarian,” katanya.

Majlis Presiden Pakatan Harapan berpandangan bahawa perutusan khas Muhyiddin adalah pengakuan terbuka bahawa beliau telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Ini mewajibkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dilaksana dengan beliau perlu meletakkan jawatan.

Dalam ucapan khas semalam, Muhyiddin mengemukakan cadangan persefahaman rentas parti bagi membolehkan usul percaya kepada Perdana Menteri diluluskan dengan undi bipartisan di Dewan Rakyat.

Ini sekali gus membolehkan kerajaan terus berfungsi mengurus pandemik hingga tiba masa sesuai untuk diadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“Kestabilan politik amat penting dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 dan Memulihkan negara. Kita harus akur dan sedar, proses pemulihan negara ini bukan satu perkara mudah.

“Oleh itu, kita memerlukan sokongan, usaha dan tumpuan semua pihak untuk memulih dan mengembalikan negara yang kita cintai ini kepada landasan pembangunan dan pertumbuhan yang sihat.

“Apabila kita tidak dapat menstabilkan politik negara untuk membantu proses pemulihan, yang menanggung sengsara dan beban ini adalah rakyat. Yang rugi adalah rakyat dan tanah air kita ini,” kata Muhyiddin.-SM

(Visited 159 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button