Parlimen

PH tidak minta undi belah bahagi 3 kementerian hari ini

PERUNTUKAN Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa untuk tiga kementerian hari ini lulus dengan undian suara apabila tidak seorang pun ahli Parlimen Pakatan Harapan bangun mengusulkan undi belah bahagi.

Sesi pagi dan tengah hari menyaksikan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 lulus di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Pada sebelah petang Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Pengulungan dilakukan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon selepas melakukan undian suara.

Melalui Belanjawan 2021, KeTSA diperuntukkan sebanyak RM2.10 bilion dengan RM1.06 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.04 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Sejak Isnin hingga hari ini Pakatan Harapan hanya meminta undian belah bahagi terhadap peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komonditi -SM

 

 

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button