Politik

PH pun boleh ketuai Melaka – Idris Haron

BEKAS Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata, Pakatan Harapan juga boleh mengetuai Kerajaan Negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang itu berkata, pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu diberi peluang mengetuai Melaka.

Ini susulan langkah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyebabkan beliau hilang majoriti.

Beliau menegaskan, jika pemimpin PH dipilih menjadi Ketua Menteri, beliau yakin Melaka akan tetap dimajukan, bukannya diundurkan 20 tahun.

“Kalau PH bentuk kerajaan, takkanlah kita hendak jadikan Melaka mundur, sudah tentulah kita majukan negeri kita ini,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.


Akhbar itu melaporkan, Idris menolak cadangan UMNO yang mahukan PRN diadakan bagi menyelesaikan kemelut politik negeri.

Katanya, jika PRN diadakan ia membabitkan banyak perkara yang perlu dipertimbangkan kerana negara masih dalam pandemik COVID-19 dan ia menyebabkan risiko lebih tinggi.

PRN juga kata beliau juga membabitkan kos perbelanjaan yang tinggi.

“Selain itu, PRU-15 sudah dekat, lebih kurang setahun setengah saja lagi dan kita tidak mahu apa yang berlaku pada PRN Sabah sebelum ini berulang di tempat kita yang menyaksikan jumlah pesakit COVID-19 naik mendadak,” katanya kepada BH, hari ini.

Bagaimanapun, Idris menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam sama ada mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau memilih Ketua Menteri yang baharu dalam kalangan pemimpin PH.-SM

(Visited 149 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button