Nasional

‘Task Force’ tingkatkan vaksinasi dikalangan kanak-kanak orang asli

JABATAN Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan melipat gandakan usaha dengan mewujudkan pasukan Task Force bersama pelbagai agensi demi menjayakan PICKids terutama melibatkan kanak-kanak Orang Asli di seluruh negara.

Task Force ini akan digerakkan segera susulan pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai tarikh akhir pemberian dos pertama vaksin pada 15 Mei ini.

Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad berkata sehingga 14 April 2022, peratusan kanak-kanak Orang Asli yang telah divaksin ialah 12% ataupun 3,602 orang daripada keseluruhan 29,951 kanak-kanak yang layak untuk divaksin.

“Perak mendahului senarai negeri dengan jumlah kanak-kanak Orang Asli yang telah divaksin seramai 2,738 orang kanak-kanak setakat ini. Peratusan ini kelihatan tidak memberangsangkan jika dibandingkan peratusan kebangsaan setakat 14 April 2022 pada 270,282 orang bersamaan 32.2%”, ujar Abdul Rahman.

Beliau berkata, peratusan yang rendah ini berpunca daripada sikap ibu bapa yang masih bimbang kesan sampingan daripada vaksin ini terhadap anak mereka.

Selain itu, punca lain disumbangkan oleh penempatan yang terletak di kawasan pedalaman dan kurangnya pendedahan terhadap kepentingan vaksin kanak-kanak turut menyumbang kepada peratusan yang rendah.

“Penubuhan Task Force ini akan melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan diyakini mampu meningkatkan bilangan kanak-kanak Orang Asli yang menerima vaksin”.

“Program Mobile Outreach KKM yang dilaksanakan sebelum ini mampu mempercepatkan proses vaksinasi dan kami berharap program tersebut dapat diaktifkan Kembali bagi membantu lebih ramai anak-anak masyarakat Orang Asli mendapat perlindungan yang sepatutnya.

Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad berucap di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JAKOA 2021 dan Majlis Khidmat Bakti 2022 di Hotel Corus, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagi tujuan logistik ke kawasan yang terletak jauh di pedalaman, jabatan akan meneruskan jalinan kerjasama bersama Bomba mahupun ATM untuk bantuan helikopter”, ujar beliau.

“Masyarakat Orang Asli tidak pernah menolak program vaksinasi yang dijalankan kerajaan dan ini dapat dibuktikan dengan peratusan vaksinasi golongan dewasa masyarakat Orang Asli yang melebihi sasaran kebangsaan”, ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JAKOA 2021 dan Majlis Khidmat Bakti 2022 di Hotel Corus, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor dan barisan pengurusan tertinggi JAKOA.

Pada majlis tersebut, Abdul Rahman turut menyampaikan hadiah berupa Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bernilai RM1,000 dan sijil penghargaan kepada 85 orang pegawai dan kakitangan JAKOA.

Selain itu, seramai 13 orang pesara turut diraikan dan menerima hadiah berupa Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) bernilai RM400 dan sijil penghargaan.

Penganugerahan APC ini diperkenalkan kerajaan untuk memberi penghargaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang selain merupakan pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai. – SM

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button