Politik

Berita palsu: antara dua pembangkang

Analisis

BERITA palsu kini menjadi perkara hangat dibincang antara kerajaan dan juga pembangkang.

Polemik tersebut muncul selepas penularan wabak Novel Coronavirus apabila lima mungkin akan lebih pengguna media sosial ditahan akibat menyebar berita palsu.

Warga net dipanikkan dengan maklumat tidak tepat berkenaan perkembangan wabak tersebut sehingga memaksa kerajaan dan agensinya menafikan berulang-ulang kali.

Hal demikian menyebabkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan mungkin bercadang untuk wujudkan semula Akta Antiberita Tidak Benar.

Namun apa yang ingin diutarakan adalah nada pembangkang yang berbeza iaitu dahulu, Pakatan Harapan (PH) dan sekarang Barisan Nasional (BN).

Akta Antiberita Tidak Benar diwartakan Dewan Rakyat pada April 2018 ketika BN memerintah.

Ketika itu, niat untuk mewujudkan akta berita palsu itu disalah erti oleh pembangkang (PH) sebagai menyekat kebebasan media.

Mungkin tanggapan mereka ketika itu kewujudan akta berkenaan akan memberi kelebihan kepada BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun, selepas PH mengambil alih, akta tersebut dimansuhkan atas alasan memberi kebebasan bersuara kepada rakyat Malaysia.

Namun, apabila berlaku penularan Coronavirus dan berita-berita tidak benar yang mencetuskan panik dalam kalangan warganet, PH seolah-olah menyesal.

Hukuman penjara dan denda sehingga RM100,000 menanti mereka yang menyebarkan berita palsu dalam sebarang medium sama ada menerusi media sosial ataupun mesej dalam telefon pintar.

Nada berbeza

Sementara nada pembangkang (BN) pula sememangnya berbeza dengan PH dahulu apabila meminta pelaksanaan akta itu mesti menyeluruh jika diwartakan semula.

Apa yang pembangkang suarakan adalah keadilan, mestilah tiada kepentingan politik atau pihak tertentu. Semua penyebar mesti dihukum.

SHAMSUL ANUAR NASARAH

Hal berkenaan turut ditegaskan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang mahu PH berlaku adil terhadap pelaksanaan akta berita palsu.

Menurutnya, akta tersebut ditentang hebat oleh PH kononnya menyekat kebebasan bersuara.

“Kita memang konsisten mengenai perkara seumpama ini. Namun Kerajaan PH mesti berlaku adil kepada rakyat dan semua pihak,” katanya dalam Instagramnya hari ini.

Katanya lagi, sekiranya kerajaan berlaku tidak adil, tindakan tersebut akan merosakan sistem perundangan di negara ini.

“Semua agensi penguatkuasa mesti berdiri serta berfungsi berasaskan undang-undang tanpa ada campurtangan politik atau atas kepentingan sesuatu pihak,” tegasnya.

Justeru, apakah kerajaan akan mewujudkan semula akta berita palsu dan menyedari kepentingan sebenarnya melangkaui fungsi parti politik? Sama-sama kita tunggu. – SM

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button