Politik

Untung rugi UMNO bersama Bersatu – Razlan Rafii

SUDAH tiba masanya UMNO main politik. Sokongan yang dihulurkan kepada Bersatu dalam erti kata, menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri bukan bermakna menjadikan parti terbesar orang Melayu sebagai alas kaki.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii yang hadir sebagai tetamu Live Suara Merdeka hari ini, beliau berpendapat, ada kelebihan dan kekurangan sekiranya UMNO terus bersama dengan Bersatu.

Dalam membicarakan pandangannya berhubung persoalan tersebut di atas, Razlan menyatakan terlebih dahulu, apakah kekurangan yang dihadapi oleh UMNO sekiranya tidak bersama lagi dengan Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

“Akhirnya kita mahu memerintah negara, hari ini kita kongsi kuasa. Kebaikannya, apabila kita bersama (UMNO dan Bersatu), kita akan menang.

“Hari ini reading menyatakan kalau kita bersama, kita akan menang sehingga 160 kerusi , ia berbalik pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dulu,” kata Razlan.

Sambung beliau, “keyakinan orang sampai ke tahap itu. Bila orang Melayu ini bersatu, kaum-kaum lain ikut. Mereka adalah orang Malaysia. Mereka lihat pada kestabilan.

“Kita menang dengan bergaya, majoriti dua pertiga. Tapi kena ada syarat la. Jangan menteri-menteri buat benda yang tak tentu fasal.

“Macam saya cakap awal tadi, Kabinet kita hari ini bercampur. Ada banyak keputusan-keputusan yang dibuat hari ini, lambat.

“Sebagai contoh, kalimah Allah. Orang bising bukan kerana keputusan mahkamah itu tapi orang bising pasal Kementerian Dalam Negeri (KDN) tak merayu. Sepatutnya mereka merayu. Sampai sekarang pun mereka tak merayu lagi.

“Itu fasal orang bising. Bila time benda-benda yang tak patut kamu merayu, kamu merayu. Contoh, duit UMNO. Mahkamah Rayuan kata lepas. Tak bersalah. Ini duit UMNO.

“Pejabat Peguam Negara (AG) petang tu buat rayuan. Ada yang mendesak (urgency)dengan duit UMNO.

“Ini isu (kalimah Allah) kepentingan rakyat. Islam dalam Malaysia. Jadi buatlah rayuan. Kena rayu terus. Nak fikir apa?

“Tak perlu lihat pada judgment. Ada masa 30 hari, bukan nak tunggu 90 hari. “

Dalam perbualan Live Suara Merdeka, Razlan turut menyentuh bahawa untuk mencipta satu kemenangan dalam BN, Razlan menyatakan bahawa kena raikan pandangan itu.

“Selepas Barisan Nasional kalah, kita tidak lagi menjadi kerajaan dan hari ini, UMNO duduk menjadi sebahagian daripada kerajaan di bawah Perikatan Nasional (PN) dengan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

“Kena faham UMNO bukan parti yang gila jawatan tapi kalau PPBM kena bertanding 20 kerusi (seat), menghormati UMNO, bertandinglah.

“Mereka tak ada jentera. Parti-parti politik PKR di Perak, DAP pun dah bercakap seat nak bertanding. PPBM nak bertanding berapa seat? Bukan PN, kerana PN itu atas.

“Bila kita bercakap, tuduh kita orang yang gila kuasa. Kena faham bahawa you junior, minta tengok diri dan offer berapa seat pada kita dan bincang,” kata Razlan.

Razlan berkata, ‘perbalahan’ dalam UMNO adalah perkara biasa di kalangan ahli-ahli akar umbi namun biar apapun, perbalahan itu tidak harus dibawa sampai keluar.

“Kita di dalam satu jangka masa transisi mencari semula titik pertemuan mewujudkan negara yang stabil.  Saya ingin mengingatkan rakyat, jika salah memilih, kita akan hidup dalam keadaan ini dengan lebih lama,” jelas beliau.

Hubungan bersama Bersatu diteruskan atau tidak untuk dibincangkan pada PAU nanti, kata Razlan, terpulang kepada para perwakilan.

“Tidak ada orang yang melarang kita bercakap. Biar mereka nak bercakap dan akhirnya kita akan buat keputusan.

“Waimah apapun keputusan yang dibuat, ahli UMNO akan ikut. Dulu, Pas ada wallaq, UMNO pun ada wallaq,” kata Razlan. – SM

 

(Visited 419 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button