Nasional

PH hormat, terima keputusan rakyat

PAKATAN Harapan (PH) menghormati dan menerima keputusan pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, kata Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah yang juga timbalan perdana menteri berkata segala kekurangan yang ada pada PH akan cuba diperbaiki susulan daripada keputusan itu.

“Memang ini adalah keputusan daripada rakyat kita, kita hormat dan terima, kalau ada kekurangan kita akan cuba perbaiki,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali 2019 di Ipoh malam tadi.

Beliau mengulas keputusan PRK Tanjung Piai yang menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenangi PRK itu mengalahkan calon PH Karmaine Sardini.

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian Ahli Parlimen sebelum ini, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik, akibat komplikasi jantung pada 21 Sept lepas.

BN menawan semula kerusi Parlimen Tanjung Piai selepas calonnya Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenangi persaingan enam penjuru pada pilihan raya kecil (PRK) awasan itu dengan majoriti 15,086 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Parlimen Tanjung Piai, Zulkifly Mohd Tahir pada pukul 9.16 malam, selepas selesai proses penjumlahan undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, malam ini.

Bekas wakil rakyat Tanjung Piai dua penggal daripada MCA itu memperolehi 25,466 undi mengalahkan pencabar terdekatnya, calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini yang memperolehi 10,380 undi.

Empat calon lain pula hilang wang deposit kerana memperolehi undi kurang dari satu perlapan atau 12.5 peratus daripada keseluruhan undi dikira.

Calon Gerakan Wendy Subramaniam memperolehi 1,707 undi, calon Parti Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz memperolehi 850 undi sementara calon Bebas Dr Ang Chuan Lock mendapat 380 undi manakala Faridah Aryani Abdul Ghaffar sekadar mendapat 32 undi.

Daripada jumlah 38,815 undi yang diterima, 595 undi ditolak manakala 30 undi tidak dikembalikan. — BERNAMA

(Visited 95 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button