Parlimen

PH cuba lagi undi belah bahagi, tapi tetap gagal

AHLI Parlimen Pakatan Harapan membuat percubaan kali kelima melakukan undi belah bahagi bagi menghalang Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa.

Peruntukan Belanjawan 2021 terhadap Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menjadi sasaran Pakatan Harapan hari ini.

Bagaimanapun Pakatan Harapan gagal buat kali kelima selepas seramai 109 ahli Parlimen menyokong RUU terbabit manakala 96 ahli Parlimen menentang dan 15 tidak hadir.

Undian dilakukan sebaik sahaja Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri selesai membuat pengulungan.

Undi belah bahagi itu hadir sehari selepas Majlis Presiden Pakatan Harapan menggesa agar Kerajaan menyegerakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin di Dewan Rakyat.

Gesaan itu dibuat berikutan penurunan penarafan Malaysia dari AAA- ke BBB+ pada 4 Disember oleh Fitch Ratings yang menjadi tamparan hebat buat Kerajaan Perikatan Nasional khususnya Menteri Kewangan.

Pagi tadi Ahli Parlimen Pakatan Harapan turut mengemukakan isu undi tidak percaya terhadap Muhyiddin kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Azhar Azizan Harun.

Namun Azhar menegaskan beliau tidak mempunyai kuasa untuk menyegerakan usul terbabit.

Untuk rekod ahli Parlimen Pakatan Harapan telah melakukan percubaan sebanyak empat kali sebelum ini untuk menggagalkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi empat kementerian dengan mengusulkan undi belah bahagi di Dewan Rakyat.-SM

 

 

(Visited 291 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button