Politik

PH calonkan semula Dr. Mahathir sebagai PM

SELEPAS membuat kejutan dengan memberi nama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong,  hari ini Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan untuk menyokong Tun Dr. Mahathir  Mohamad sebagai Perdana Menteri.

“Pakatan Harapan merupakan gabungan yang telah mendapat mandat jelas pada PRU14.

“Pakatan Harapan bertegas menentang sebarang usaha ‘kerajaan pintu belakang’ terutama
yang melibatkan kleptokrat dan pengkhianat perjuangan, yang akan merosakkan segala usaha
reformasi yang telah dilaksana hingga kini.

“Oleh itu, demi mempertahan perjuangan, Pakatan Harapan menyatakan sokongan penuh
terhadap YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.

“Pakatan Harapan berpegang teguh kepada prinsip dan akan terus memperjuang manifesto
Pakatan Harapan dalam kerajaan,” kata Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu kenyataan hari ini.-SM

 

(Visited 305 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button