Politik

Mohd. Ridhwan tidak tumpang populariti bapa

Bakal calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd. Ridhwan Ali tidak mahu dibayangi popularti bapanya dalam memenangi hati pengundi sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya berkata, sejak bapanya, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam yang juga Ketua Menteri ketika tewas di Parlimen itu pada PRU13 dan PRU14, beliau terus bekerja demi rakyat walaupun ketika itu di bawah kerajaan pembangkang.

Katanya, beliau tidak menolak punca kekalahan BN ketika itu berpunca daripada tsunami politik yang melanda negara ketika itu hingga menyebabkan parti tewas pada PRU14.

Beliau yang mendapat mandat menggalas cabaran selepas namanya diumumkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam tadi menegaskan beliau berjanji akan mengembalikan semula kerusi berkenaan ke BN.

“Soal kalah atau menang itu tidak penting paling utama saya berjuang untuk kemenangan parti dan tidak gentar menjadi calon di kerusi yang dianggap panas sebab BN pernah tewas dua kali.

“PRU15 ini saya anggap adalah penentuan jatuh dan bangun kerajaan dan untuk kita membawa mandat rakyat bagi memastikan kestabilan politik dapat dibentuk.

“Saya ada kapasiti dan tidak dibayangi oleh orang tua saya kerana sejak BN tewas pada 2018 saya dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya dari situ saya mula membina kekuatan sendiri,” ujarnya dalam sidang akhbar di Ibupejabat UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya di Bukit Katil di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya adalah antara kerusi panas pada PRU15 setakat ini menyaksikan persaingan tiga penjuru selain dirinya turut bertanding ialah Adam Adli Abd. Halim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd. Azrudin Md. Idris.

Mengenai pemilihannya sebagai calon BN, Mohd. Ridhwan berkata, beliau hanya mengetahui keputusan saat akhir itu pada lewat petang semalam sejam sebelum pengumuman dilakukan oleh Pengerusi BN.

“Sebelum membuat keputusan menerima tawaran itu saya telah berbincang dengan keluarga saya termasuk mendapat restu daripada kedua ibu bapa dan mereka merestui hasrat saya ingin bertanding,” ujarnya yang memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Teknologi
Mara (UiTM) Melaka.

Katanya, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO dan berbincang mengenai kedudukannya bertanding di Hang Tuah Jaya.

Pada PRU14 kerusi tersebut dimenangi Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akim dari PKR menewaskan Mohd. Ali dari BN dan Dr. Khalid Kassim dari Pas dengan majoriti 5,447 undi. – SM

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button