Politik

PH beri laluan kepada kem Dr. M bertanding di PRK Slim

Pakatan Harapan (PH) memberi laluan kepada kumpulan Bersatu yang memihak kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim akan datang.

Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu telah dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH

“PH bersetuju tidak bertanding. Akan memberi ruang kepada Bersatu Tun bertanding,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

PH juga memberikan kebebasan sepenuhnya kepada kumpulan tersebut untuk memilih calon yang akan bertanding dalam PRK Slim itu nanti.

Kerusi DUN Slim kosong selepas penyandangnya dari BN, Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, meninggal dunia pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Dun Slim diadakan pada 29 Ogos, hari penamaan calon pada 15 Ogos, manakala tarikh mengundi awal pada 25 Ogos.-SM

 

(Visited 73 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button