Jenayah

7 ditahan kerana mabuk ketika memandu

SEAKAN tidak serik dengan kes-kes melibatkan pemandu mabuk hingga mengakibatkan kemalangan maut.

Masih ramai lagi yang tidak peduli dan memandu dalam keadaan mabuk.

Awal pagi tadi, Op Alkohol yang dijalankan Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya bermula 11 malam semalam hingga 3 pagi tadi berjaya menahan tujuh pengguna jalan raya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kesemua yang ditahan berusia 28 hingga 51 tahun.

“Kesemua mereka didapati memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Selain itu, kita turut mengeluarkan 22 saman di atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, sebanyak 375 individu dan 360 kenderaan diperiksa dalam operasi tersebut.

Jelasnya, operasi ini akan diteruskan untuk mengelak pemandu mabuk daripada membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. – SM

(Visited 231 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button