Rencah Hidup

Kenapa kakak cemas bawa Oyen macam tu?

KELIBAT seorang wanita berbaju putih dan bertudung kelabu berlari-lari anak sambil memegang seekor kucing berwarna oren dalam berita Buletin Utama TV3 menarik perhatian warganet.

Biarpun shot wanita tersebut tidak sampai 6 saat keudara dalam paparan berita bertajuk ‘Pengguna lebuhraya utamakan SOP, kebersihan’ namun gelagat wanita tersbut bersama kucingnya itu menjadi perhatian.

Berbagai pertanyaan dilontarkan oleh warganet mengapa wanita terbabit berlari seolah-olah dalam kecemasan sambil mendukung kucing.

Malah bermacam-macam kesimpulan dibuat oleh warganet melihat aksi comel kakak tersebut berlari melintasi lensa kamera juruvideo.

“Tak, yang tetiba ada akak baju putih dukung kucing tu kenapa BuletinTV3?” tanya @Ijulnaim di Twitternya sambil berkongsi visual tersebut.

https://twitter.com/Ijulnaim/status/1271786903797456897

“Ahahaha mak aku tanya benda ni tadi kenapa bawak kucing macam tu,” kata @topeknotperfect

“Hello polis ada orang culik kucing,” gurau @abyzd_

“Bawak kucing jalan-jalan sekali kucing nak terberak dia cepat-cepat angkat cari toilet,” teka @jet_xv.

“Nasib baik sempat bawak lari..kalau tak Oyen tu dah kena tahan masuk lokap, sebab kencing merata,” kata @zaman49

 

Turut tidak ketinggalan memberi komen adalah bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Ahli Parlimen Muar itu turut mempunyai seekor kucing berwarna sama seperti kucing yang didukung wanita tersebut.

“Oyen, kenapa selalu macam tu,” kata Syed Saddiq.

“Hahahahahahahhaahahahahahahahaha kucing tu langgar SOP YB. Sebab tu akak tu selamatkan,” gurau @FarahFarhin.

“Oyen kluster nakal,” kata @aztr0naut.

“Oyen are just pure chaos,” komen mrmrmzr

“Yes.. siapa yg bela Oyen akan faham situasi ni,” kata @hafizstar.

Mungkin juga wanita yang berlari-lari anak mendukung kucing itu perlu tampil ke hadapan untuk menerangkan situasi sebenar yang dia dan kucingnya sedang hadapi.
Adakah benar ‘Oyen’ telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan seperti yang didakwa oleh warganet?
Adakah benar Oyen dalam keadaan ‘darurat’ yang amat sangat nak terkencing dan terberak sehingga terpaksa dikejarkan  ke tandas?
Adakah benar Oyen daripada kluster nakal seperti yang didakwa warganet?
Hanya wanita tersebut boleh menjawab segala persoalan yang bermain dalam fikiran pencinta kucing terutama yang memiliki Oyen di rumah.-SM

 

(Visited 969 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button