Uncategorized

Lelaki nyaris maut kereta tergelincir dalam sungai

Niat murni seorang peniaga kafe memberi laluan kepada kereta lain hampir membawa padah apabila kereta mewah yang dipandunya tergelincir ke dalam sungai Nibong, Bukit Beruang, Melaka, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian pukul 4.20 petang, lelaki berusia 37 tahun itu berjaya keluar daripada kereta yang terjatuh ke dalam sungai berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki memandu kereta Mercedes Benz datang dari arah Batu Berendam menghala ke Taman Kerjasama, Bukit Beruang melalui jalan Sungai Nibong.

“Sewaktu tiba di tempat kejadian, lelaki itu memberi laluan kenderaan datang dari arah bertentangan dan keretanya pula merapati bahu jalan berhampiran tebing sungai tersebut,” ujarnya hari ini.

Christopher berkata, sewaktu kereta itu cuba merapati bahu jalan, secara tiba-tiba kereta yang dipandunya terus tergelincir ke dalam sungai tersebut.

“Mujur lelaki itu cepat bertindak dan sempat keluar daripada kereta yang tenggelam,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan lanjut di lokasi kejaedian mendapati jalan terbabit lurus dan tiada garisan jalan manakala keadaan cuaca baik serta tidak hujan.

Jelasnya, kes itu disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Terdahulu, tular di laman sosial memaparkan video berdurasi 1 minit 21 saat sebuah kereta terjunam ke dalam sebuah sungai. – SM

(Visited 275 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button