Politik

PH, analogi rumah sewa

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal kenyataan analogi rumah sewa yang dimuat naik pegawai Lim Kit Siang, Syahredzan Johan.

Menurutnya, pegawai Ahli Parlimen Gelang Patah itu tidak menceritakan situasi sebenar dalam analogi rumah sewa menerusi ciapan dalam Twitternya.

“Pegawai Kit Siang tak cerita betul-betul. Macam ini cerita sebenarnya, Pakatan Harapan (PH) sewa rumah untuk lima tahun.

BACA > Parlimen bakal kembali ke masa lampau — Suara Merdeka

“Tinggal satu keluarga, PH kotorkan rumah. Sofa ditanggal. Lantai tak dicuci. Siling bocor. Seluruh rumah bau hancing.

“Bila tak cuci, berpusu-pusulah kuman dan virus. Barang-barang yang ada dalam rumah pun dijual macam harta sendiri. Bil air, api semua tak berbayar. Tambah hutang,” katanya dalam Facebook malam tadi.

Najib berkata demikian membayangkan setiap kerosakan yang berlaku dalam rumah seperti janji-janji tidak ditunaikan PH ketika menjadi kerajaan.

Selain itu, kiasan menjual barang dalam rumah macam harta sendiri dimaksudkan dengan penjualan aset-aset strategik milik syarikat seperti Khazanah Nasional, Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Termasuk juga saham dan kepentingan yang dijual PH kepada negara-negara luar.

Kiasan ‘tambah hutang’ pula memperlihatkan sikap PH dalam mentadbir negara menyebabkan hutang negara semakin bertambah dan Bon Samurai yang dimohon ketika mula-mula menjadi kerajaan.

Tambah Najib, kiasan lain turut diselitkan seperti pergaduhan antara pimpinan parti dan persoalan peralihan jawatan Perdana Menteri yang ditimbulkan PH sendiri.

“Siang malam bergaduh kecoh dalam rumah. Jiran pun bingit, setiap hari tanya bila mereka ini semua hendak pindah rumah.

BACA > KAFA rayu derma daripada penyokong untuk bayar gaji bekas pemain — Suara Merdeka
BACA > Beri ruang pemohon BPN merayu, LHDN tolong kemas kini data — Suara Merdeka

“Selepas 22 bulan, ketua keluarga kata kepada tuan rumah dia sudah tak nak duduk situ. Dia pun angkat kaki.

“Ketua keluarga keluar, ahli keluarga lain terpinga-pinga dan tuan rumah pun tendanglah mereka keluar,” ujarnya.

Menurutnya lagi, pembentukan Perikatan Nasional umpama penyewa baharu yang diterima tuan rumah selepas sesi interview dibuat.

“Setelah seminggu puas mencari, penyewa baharu pindah masuk rumah dan mula basuh dan baiki rumah yang tunggang langgang dek penyewa lama siap dua kali dijalankan proses nyahkuman.

“Bila sudah kena tendang keluar, baharulah PH hendak kata menyesal, berkokok siang dan malam. Setiap hari duduk luar pagar rumah, tekan loceng, ketuk pintu dan merayu masuk balik ke rumah,” selorohnya.

Terdahulu Syahredzan dalam Twitternya memuatnaik ciapan menyindir kerajaan PN yang disifatkan sebagai menghalau penghuni rumah ketika penyewa masih lagi menyewa.

“Kamu diberi lima tahun tempoh menyewa oleh tuan rumah. Dalam tempoh itu, sekumpulan ‘samseng’ datang melalui pintu belakang dan halau kamu keluar.

BACA > Bersatu akan kalah teruk pada PRU15 – Dr. Mahathir — Suara Merdeka
BACA > PH sebenarnya khianat mandat rakyat — Suara Merdeka

“Kamu sepatutnya dibenarkan duduk balik di rumah itu sehingga tamat tempoh sewa. Pada saya, satu persoalannya bila kamu akan buat (ambil balik rumah),” ciapnya. – SM

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button