Luar Negara

13 maut, berpuluh cedera siri keganasan di utara Syria

SEKURANG-KURANGNYA 13 maut dan berpuluh lagi cedera dalam siri keganasan di utara Syria apabila Hospital Shifa di Afrin menjadi sasaran bom.

White Helmets mendakwa serangan roket itu dibuat dari kawasan yang dikuasai rejim dan sekutunya. Ia juga mengesahkan tiga petugasnya antara mangsa yang terbunuh.

Angka kematian dijangka bertambah berikutan kecederaan teruk yang dialami mangsa.

Dalam serangan pada 12 Jun 2021, tembakan roket turut mengenai bilik bersalin dan poliklinik di hospital yang dikendalikan Syrian American Medical Society (SAMS).

Wanita Palestin ini ditembak ketika cuba melalui pintu pemeriksaan Qalandia yang memisahkan Baitulmaqdis Timur dan Israel.

Mangsa yang terkena beberapa das tembakan meninggal dunia di tempat kejadian selepas rejim Zionis enggan membenarkan Ibtisam Kaabneh menerima rawatan kecemasan.

Dalam pada itu, di negara Barat apabila kejadian sebegini menjadi tular,  ia segera mendapat reaksi daripada pelbagai pihak yang memperjuang hak asasi manusia.

Ramai yang bersuara serta membantah. Sedangkan di Palestin, sekutu utamanya iaitu rejim Zionis berterusan melakukan perbuatan tidak bertamadun tanpa mengira masa, ketika, batas usia serta jantina.

Visual yang dirakam di Tebing Barat menunjukkan bagaimana lelaki ini dibelasah anggota keselamatan Israel sebelum ditahan.

Dalam keadaan dikasari, mulutnya tidak berhenti menyebut ” Ya Allah”. – SM

(Visited 276 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button