Bencana alamNasionalpilihan

Petugas media tersidai di Gohtong Jaya, tidak dibenarkan masuk buat liputan

Lebih 20 petugas media ‘tersidai’ di Gohtong Jaya ekoran tidak dibenarkan masuk ke laluan menuju Father’s Organic Farm berdekatan Batang Kali, Selangor yang terjejas akibat tanah runtuh.

Dalam dunia petugas media, istilah ‘tersidai’ membawa maksud menunggu dalam suatu tempoh yang lama tanpa mengetahui perkara yang bakal terjadi dan kekal di lokasi bagi melaporkan perkembangan semasa.

Berhubung insiden tanah runtuh di Father’s Organic Farm berdekatan Batang Kali, ada petugas media yang menunggu sejak 8 pagi dan sehingga 5 petang demi menerbitkan sebuah berita.

Mujurlah sepanjang ‘tersidai’, ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman turun dari kenderaan dan menyantuni petugas media yang tidak sempat berasa penat sebaliknya mengharapkan keajaiban untuk membuat liputan.

(Visited 153 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button