fbpx
Kemalangan

Petugas media Ebit Lew kemalangan


Warning: sprintf(): Too few arguments in /srv/users/suaramerdeka/apps/suaramerdeka/public/wp-content/plugins/wp-user-avatar/includes/class-wp-user-avatar-functions.php on line 668

Warning: sprintf(): Too few arguments in /srv/users/suaramerdeka/apps/suaramerdeka/public/wp-content/plugins/wp-user-avatar/includes/class-wp-user-avatar-functions.php on line 668

TIGA orang petugas media yang merakamkan program Jejak Ebit Lew Astro mengalami kemalangan berhampiran Tol Jalan Duta malam tadi.

Kesemua mereka dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang selepas selesai menjalankan pengambaran bantuan yang disampaikan oleh pendakwah bebas itu.

Menurut Ebit yang berkongsi gambar kejadian di media sosialnya, insiden itu berlaku apabilan kenderaan yang dinaiki krew terbabit cuba mengelak sebuah kenderaan yang tiba-tiba melakukan pusingan U di plaza tol berkenaan.

“Sedih rasa. Pohon doakan tiga orang team media kami kemalangan. Doakan selamat semuanya. Merekalah yang merakamkan untuk program Jejak Ebit Lew Astro.

“Tadi kami empat kereta ke Penang membantu abang sekeluarga yang lapan bulan tidur dalam kereta. Semasa sama-sama balik ke Kuala Lumpur.


“Betul-betul lorong kanan touch n go lepas tol jalan Duta. Tiba-tiba ada kereta dari kiri u-turn ke kanan. Ada sign tak boleh u-turn. Estima mereka cuba elak kereta uturn menyebabkan melanggar divider tengah jalan,” kata Ebit.

Kesemua petugas media tersebut telah pun dihantar ke hospital untuk menjalani CT Scan.

“Sekarang saya di Hospital Gleneagles menanti ketiga-tiga team buat ct scan. Doakan semuanya baik dan selamat. Doakan Teyha, Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik sahaja. Sedih dengar mereka mengerang sakit,” kata Ebit.

Ebit sebelum itu membantu sebuah keluarga di Pulau Pinang yang terpaksa hidup dalam kereta selama lapan bulan selepas rumah mereka terbakar.

Ketua keluarga terbabit hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan tinggal bersama isteri dan tiga orang anak mereka yang masih kecil dalam kereta tersebut.

Ebit menolong keluarga tersebut dengan menyewakan sebuah rumah tiga bilik dan membelikan kelengkapan termasuk katil, peti ais dan barangan daput.

Sebelum itu mereka pergi ke Johor untuk membantu masyarakat di sana.-SM

 

(Visited 111 times, 1 visits today)


Warning: sprintf(): Too few arguments in /srv/users/suaramerdeka/apps/suaramerdeka/public/wp-content/plugins/wp-user-avatar/includes/class-wp-user-avatar-functions.php on line 668

Warning: sprintf(): Too few arguments in /srv/users/suaramerdeka/apps/suaramerdeka/public/wp-content/plugins/wp-user-avatar/includes/class-wp-user-avatar-functions.php on line 668
Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button