Nasional

Kes pertama Omicron dikesan, melibatkan pelajar universiti bukan warganegara

KES pertama Covid-19 melibatkan varian yang dibimbangi Omocron telah dikesan di Malaysia melibatkan pengembara bukan warganegara.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin, VOC Omicron daripada individu berkenaan dikesen selepas Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas semua sampel positif  Covid-19 yang dikesan di pintu masuk antarabangsa.

Sampel yang dijuji bermula pada 11 November lalu dan hasil ujian mendapati satu sampel adalah VOC Omicron. IMR telah mengesan kes tersebut pada 20 November.

“Kes melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021 san telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 setiba di KLIA.

“Beliau merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak,” katanya dalam sidang akhbar tergempar hari ini.

Kes telah diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.

Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, pelajar terbabit patuh kepada perintah yang dikeluarkan.

Menurut Khairy Jamaluddin, seramai penumpang dan pemandu bas yang dinaiki oleh kes berkenaan seramai limat orang telah menjalani ujian dan disahkan negatif.

Kesemua mereka juga menjalani kuaranti wajib.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan Omicron sebagai varian Covid-19 yang dibimbangi pada 24 Nobvember lalu. -SM

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button