Ekonomi

Petronas mengekalkan operasi di Kanada

SYARIKAT minyak kebangsaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menafikan laporan berita yang mendakwa ia bakal menamatkan operasi di Kanada.

“Sebarang laporan mendakwa Petronas meninggalkan Kanada adalah tidak tepat,” kata Petronas kepada pertanyaan seperti yang dipetik dari Bernama mengenai dakwaan tersebut.
Selasa lalu dilaporkan Petronas dilaporkan sedang mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk syarikatnya di Kanada, sebelum ini dikenali sebagai Progress Energy Resources Corp antaranya penjualan, menurut sumber yang mengetahu perkara tersebut.
Petronas berkata, ia komited terhadap pelaburannya di Kanada yang mengendalikan pembangunan gas huluan North Montney Joint Venture dan merupakan rakan kongsi utama dalam kemudahan pencairan gas LNG Canada di Kitimat, BC.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button