Ekonomi

Petronas hanya kecilkan saiz operasi, bukan buang pekerja

TIDAK ada pembuangan pekerja atau ‘retrenchment’ walaupun Petronas akan melakukan proses untuk mengecilkan operasinya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, berkata langkah pengecilan saiz organisasi didorong oleh perniagaan bagi memastikan operasi berjalan secara paling cekap.

Katanya, langkah untuk mengecilkan saiz organisasi yang akan dilaksanakannya adalah untuk memastikan operasi perniagaan kekal cekap di tengah-tengah persekitaran yang mencabar.

Tetapi beliau menegaskan, langkah itu bukan bermakna syarikat minyak dan gas negara itu akan melaksanakan pembuangan pekerja atau ‘retrenchment’.

Langkah itu katanya, untuk memastikan tenaga kerja sepadan dengan operasi yang dimahukan untuk kemapanan perniagaan dan kekal untung menuju ke depan.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan kajian menyeluruh terhadap operasi dan keperluan tenaga kerja semasa.

“Right-sizing (pengecilan saiz organisasi) bukan bermaksud ‘retrenchment’ (pembuangan pekerja besar-besaran), tetapi lebih kepada menyesuaikan tenaga kerja mengikut keperluan sebenar organisasi mengikut situasi semasa,” katanya pada sidang media pengumuman keputusan kewangan PETRONAS bagi 2024 di sini, hari ini.

 

Menurut beliau, syarikat minyak kebangsaan itu mempunyai sekitar 15,000 hingga 16,000 tenaga kerja di pelbagai jabatan termasuk fungsi sokongan, pusat operasi serta ibu pejabat.

Beliau menegaskan tiada pembuangan pekerja, sebaliknya PETRONAS sedang menilai keperluan tenaga kerja bagi memastikan organisasi lebih cekap.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button